Soalan 3 :Pengetahuan dan kemahiran bahasa(Percubaan SPM 2018, Johor)

(a) Tulis satu ayat bagi setiap kata di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
 (i) pesan
Antara pesan terakhir atuk sebelum berangkat ke tanah suci adalah dia mahu kami semua sentiasa menjaga antara satu sama lain sepanjang ketiadaannya.

 (ii) memesan 
Ibu memesan sepasang pakaian baju Melayu baharu daripada seorang tukang jahit yang agak rapat dengannya untuk dihadiahkan kepada ayah.

(iii) berpesan 
Ayah selalu bepesan agar berbuat baik berpada-pada dan jangan biarkan orang lain mengambil kesempatan terhadap diri sendiri.

(iv) lipat 

(v) melipat 
Ibu membantu akak melipat baju sebelum berangkat pulang ke kampung kami di Sarikei, Sarawak. 

(vi) berlipat 
 
(a) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian anda dikehendaki menggabungkan ayat-ayat berikut menjadi tiga ayat. 

> Malaysia menjadi destinasi tarikan pelancong kerana Malaysia mempunyai beberapa buah pulau yang indah. Kerajaan telah berusaha dengan gigih untuk mempromosikan Malaysia. dengan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia. Kerajaan Malaysia juga menganjurkan pertandingan sukan bertaraf antarabangsa yang menyebabkan banyak pelancong datang ke Malaysia. 

(b)
Kesalahan ejaan                                                                           Kesalahan imbuhan
(i) restoran nasi kandar kapitan>Restoran Nasi Kandar Kapitan   memulai > memulakan
(ii) compang camping>compang-camping                                     pemerhatian>perhatian
(iii) sayogia>seyogia                                                                       senam > bersenam

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula
(i) Ibu merebus sup ayam selama berapa-berapa jam sebelum dihidangkan di atas meja. 
(ii) Demonstrasi jalanan itu benar-benar telah mengotorkan imej negara ke kalangan pelancong asing yang mengunjungi kawasan tersebut. 
(iii) Semua pelajar digalakkan menonton sesawang laman Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapatkan maklumat tentang kemasukan ke universiti.

(e) Nyatakan maksud bagi peribahasa yang diberikan di bawah. 
(i) Bagai itik pulang petang > Berjalan dengan sangat lambat
(ii) Buangkan yang keruh, ambil yang jernih. > Lupakan perkara atau peristiwa yang tidak baik dan ambil yang baik sahaja.
(iii) Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.> Adat yang tidak berubah, sesuatu yang tetap utuh atau tidak ketinggalan zaman, tidak dimakan oleh masa.

No comments

Powered by Blogger.