Bujang Senang: Penjaga Sungai Sarawak


Bujang Senang ialah nama seekor buaya yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri AmanSarawakMalaysia. Buaya ini yang dari spesies Crocodylus porosus, berukuran 20 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya. Bujang Senang dikatakan berumur 50 tahun ketika ditemui. Nama Bujang Senang diambil sempena nama Sungai Senang, salah satu cawangan Batang Lupar, tempat ia sering ditemui.

Permulaan lagenda Bujang Senang

Menurut lagenda, Bujang Senang pada asalnya bukanlah seekor buaya. Ia pada asalnya merupakan seorang pahlawan Iban yang diberi nama Simalungun. Simalungun ni, merupakan seorang yang amat kuat dan gagah. Kekuatan dan kegagahan beliau diakui oleh semua orang terutamanya ketika ekspedisi mengayau(memotong kepala musuh) dimana ramai yang menjadi korban beliau.

Simalungun juga seorang yang sudah berkeluarga. Beliau mempunyai seorang isteri dan tinggal bersamanya di kampung yang dijaga oleh beliau. Meskipun sudah berkeluarga, Simalungun masih menjalankan tugasnya untuk menjaga keamanan kampungnya.

Beliau turut dicabar oleh ramai musuh yang menginginkan kemegahan dan membalas dendam atas kekalahan mereka sebelum ini. Namun begitu, setiap perlawanan pasti berakhir dengan keputusan yang sama. Simalungun menjadi pemenang.

Akibat tidak puas hati dan dendam, musuh-musuh Simalungun mula berpakat untuk membunuhnya. Mereka juga yakin Simalungun mempunyai kuasa mistik yang menyebabkan beliau kuat dan tidak mampu dikalahkan. Oleh sebab itu, mereka cuba untuk mencari kelemahan Simalungun dengan menangkap orang yang paling rapat dengan beliau, isteri Simalungun.

Dek kerana cinta, Simalungun bergegas ke Batang Lupar bagi menyelamatkan isterinya. Namun begitu, malang seribu kali malang, isteri beliau ditombak sejurus dilepaskan dan menhembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan suaminya yang tercinta.

Simalungun akhirnya mengamuk dan mula menentang musuh-musuhnya itu. Namun begitu, mereka berjaya menemui kelemahan Simalungun apabila beliau tidak kebal apabila berada di air. Akhirnya mereka mengambil peluang tersebut untuk membunuh beliau. Panah dilepaskan, tombak dibaling. Riwayat Simalungun akhirnya berakhir di situ. Mayat Simalungun dan isterinya kemudian di buang ke Batang Lupar oleh musuh-musuhnya.

Menurut lagenda, Simalungun dan isterinya kemudian ditukarkan menjadi buaya yang mempunyai jalur putih dibelakang mereka. Mereka bersumpah untuk membalas dendam terhadap keturunan musuh-musuh yang membunuh mereka. Maka bermulalah penguasaan Bujang Senang di Batang Lupar.

Image result for Bujang senang
Buaya ini dikatakan bermaharajalela di sungai ini sejak tahun 1941. Tidak diketahui berapa ramai orang yang telah menjadi mangsa kepada buaya ini, tetapi pada 20 Mei 1992, seorang wanita berbangsa Iban bernama Dayang anak Bayang telah menjadi mangsa Bujang Senang di Sungai Pelaban, anak Sungai Batang Lupar.

Kerajaan Sarawak pada ketika itu menghantar beberapa pasukan bagi memburu Maharaja Buaya itu. Akhirnya, sekumpulan penembak tepat polis dan pemburu Iban telah berjaya menembak mati Bujang Senang setelah berusaha selama 4 jam pada 22 Mei 1992.
Tengkorak yang dipercayai sebagai tengkorak Bujang Senang ini telah dipamerkan di Muzium Negeri Sarawak.
Image result for Bujang senang

No comments

Powered by Blogger.