Jurnal
Jurnal Harian
Hari ini saya terlepas solat Subuh kerana saya bangun pada jam 7 pagi. Sebaik sahaja saya bangun saya terus mengambil alat mandian dan bergegas ke bilik mandi untuk mandi. Saya tidak tahu mngapa saya tidak bangun untuk solat walaupun sudah dikejutkan oleh Arifudin pagi tadi. Saya tidak membuang masa ketika mandi. Saya mandi dengan cepat dan naik ke bilik dengan cepat dan bersiap untuk ke kolej. Saya pergi ke dewan serbaguna sebelum 7.30 pagi untuk bersarapan dengan segera. Selepas itu saya pergi ke dewan serbaguna untuk perhimpunan harian. Pagi ini perhimpunan tamat awal kerana tiada pengumuman penting hari ini.
Ketika waktu pelajaran saya ada belajar beberapa perkara penting. Saya belajar tentang mitosis dan meiosis dalam kelas Biologi, belajar tentang bab 9 ketika Sejarah dan mendapat lebih banyak kerja dalam matematik yang amat menguji saya.
Pada waktu malam saya menyiapkan beberapa kerja rumah saya ketika sesi prep sambil mendengar muzik yang amat menenangkan saya dan banyak membantu saya ketika belajar.
No comments