Jurnal
Jurnal Harian
Pada hari ini saya bangun pada jam 9 pagi selepas puas tidur di bilik rakan saya. Saya tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana rakan saya asyik mengejutkan saya pada jam 12 dan 3 pagi. Namun begitu, saya tetap berterima kasih dengan rakan saya itu kerana jika dia tidak mengejutkan saya sudah tentu saya terpaksa mengganti solat Isyak saya kerana saya tertidur sebelum sempat solat Isyak pada malam itu. Hari ini saya hanya membuat beberapa kerja rumah yang diberi oleh cikgu sebelum cuti. Selepas itu saya hanya berehat dan cuba tidur selepas solat Asar kerana saya berasa agak mengantuk ketika itu.
Pada waktu malam saya menggunakan masa prep untuk mengulang kaji subjek yang perlu diulang kaji untuk esok. Pada jam 10 malam cikgu telah mengadakan rocall di dewan serbaguna sebagai ingatan untuk kami semua. Sekarang saya hanya menyambung ulang kaji untuk esok.
No comments