Jurnal 28 September 2016

28 September 2016                                                                                                                     Rabu
                                                                        Jurnal Harian

28 September- Pada hari ini saya bangun awal dan sempat untuk solat Subuh di surau secara berjemaah dengan pelajar-pelajar lain. Saya bangun sejurus selepas Arifudin mengejutkan saya. Pagi ini cuaca agak sejuk dan saya tertidur di surau sementara menunggu pelajar lain untuk solat secara berjemaah. Saya solat dengan imam paling awal pada ketika itu. Selepas solat saya tidur sebentar sebelum pergi bersarapan di dewan makan. Saya pergi ke asrama dahulu kerana sarapan masih belum tersedia. Saya mandi dan bersiap sebelum saya turun semula ke dewan makan untuk bersarapan.

   Ketika waktu pembelajaran saya dan rakan-rakan yang lain mendapat banyak keputusan untuk peperiksaan. Kami merasa gembira dan kecewa ketika mendapat keputusan-keputusan itu. Keputusan saya juga agak teruk namun saya hanya redha sahaja dengan keputusan itu.

  Pada waktu malam saya hanya menghadiri sesi prep seperti biasa sahaja dan membuat kerja-kerja yang saya ada seperti kerja Matematik dan kerja-kerja lain.
         

No comments

Powered by Blogger.