Jurnal 27 September

27 September 2016                                                                                                                        Selasa
                                                                    Jurnal Harian

27 September- Hari ini merupakan hari kedua selepas cuti sekolah selama dua minggu. Saya bangun agak akhir sekali lagi iaitu pada jam 7 pagi. Jadi sekali lagi saya terpaksa bergegas untuk mandi dan bersiap untuk ke perhimpunan harian. Ketika perhimpunan harian mc agak susah untuk mengendalikan majlis kerana mereka agak gagap ketika itu. Jadi perhimpunan berlangsung dengan sekejap sahaja kerana kegagapan mc dan kerana tiada maklumat penting yang perlu diasampaikan.

   Ketika kelas, tidak banyak perkara yang saya pelajari kerana pada hari ini kami hanya menyemak kertas ujian sahaja. Saya pun berehat sepanjang waktu pembelajaran.

   Pada waktu malam saya dikejutkan apabila saya mendapati telefon bimbit saya telah hilang. Rupa-ruanya cikgu saya hanya meminjamnya sekejap dan akan memulangkannya dalam masa dua minggu.
Kemudian saya menghadiri kelas prep seperti biasa dan siolat Isyak. Saya tidur awal hari ini kerana telefon bimbit saya tiada jadi saya tidak dapat membuat kerja-kerja saya yang kebanyakannya menggunakan telefon bimbit.

No comments

Powered by Blogger.