Jurnal 26/9/2016

26 September 2016                                                                                                                           Isnin
                                                                 Jurnal Harian

26 September- Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi saya, rakan-rakan saya dan pelajar-pelajar lain selepas dua minggu kami bercuti di rumah masing-masing sempena Aidiladha dan Nobelist Mindset. Hari ini merupakan hari Isnin yang agak kelam-kabut bagi saya kerana saya bangun agak lewat sehingga tidak sempat untuk solat Subuh. Saya bangun pada jam 7.30 pagi yang mana menyebabkan saya gelabah kerana pada paggi ini ada perhimpunan rasmi mingguan. Oleh itu, saya bergegas mandi, memakai pakaian saya dan bergegas pergi ke dewan serbaguna untuk perhimpunan mingguan. Saya tidak sempat untuk bersarapan kerana saya ingin cepat ke perhimpunan. Ketika perhimpunan tidak banyak perkara yang penting berlaku jadi saya hampir tertidur ketika Dr Rorlinda sedang berucap. Tapi saya terjaga tiba-tiba kerana penggera pada telefon Haresh tiba-tiba sahaja berbunyi dengan siren polis. Tamat perhimpunan saya menghadiri kelas seperti biasa sahaja.

   Pada waktu petang saya menghadiri kelas Jepun seperti biasa namun saya terlupa untuk membawa buku teks Jepun saya dan sensei saya agak marah dengan saya namun sensei tidak menjerit atau memukul saya kerana sensei saya memang baik. Hari ini juga saya mendapat markah bagi ujian Jepun saya dan ia amat memberasangkan.

   Pada waktu malam saya hanya menghadiri sesi prep seperti biasa dan melakukan kerja bahasa melayu saya.

No comments

Powered by Blogger.