13April 2016 Rabu Jurnal Harian
Hari ini saya memperoleh satu pengalaman yang baru.Pengalaman itu amatlah tidak dijangka.Saya akan menceritakan apa yang berlaku pada hari ini dengan menggunakan blog ini.
Hari ini saya bangun dengan keadaan yang agak letih.Ini mungkin kerana saya tidur agak lewat semalam kerana saya melakukan kerja rumah saya yang telah lama saya tangguh.Sebaik sahaja saya bangun saya terus pergi ke tandas untuk mencuci muka agar saya tidak mengantuk.Walaupun sudah mencuci muka tetapi perasaan mengantuk itu sangat kuat hingga menyebabkan saya berjalan terhuyung-hayang ketika hendak ke surau untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah bersama dengan pelajar lain.Ketika di surau seperti biasa masih tidak ramai yang datang ke surau jadi saya pun tidur di penjuru surau seperti biasa.Saya tidur dengan nyenyak sehinggalah azan berkumandang yang masuknya waktu solat Subuh.Kemudian saya mengambil wudhuk dan solat Subuh bersam dengan pelajar-pelajar kolej yang lain.Selepas solat saya pun pergi bersarapan di Dewan Makan.
Selepas sarapan saya pergi mandi di bilik mandi di asrama.Air pada pagi ini agak sejuk tapi menyegarkan.Selepas itu saya memakai pakaian saya dan pergi ke sekolah.Kemudian rutin pembelajaran saya pun berjalan seperti biasa.
Pada waktu malam selepas prep,secara tiba-tiba warden membuat pemeriksaan terhadapa semua bilik kami.Kami berasa sungguh cemas pada ketika itu.Saya sangat bertuah kerana bilik saya tiada kerosakan atau kekotoran,kecuali pada waktu pagi kerana katil saya agak bersepah sikit.Itu sahaja dari saya.

No comments