Jurnal Harian

Hari ini saya bangun pukul 5 pagi untuk sahur. Saya makan dengan agak cepat kerana Subuh pada pukul 5.40 pagi. Selepas itu saya pulang semula ke bilik dan menunggu waktu Subuh. Selepas azan saya terus pergi ke dewan serbaguna untuk solat Subuh secara berjemaah. Selepas itu saya masuk semula ke bilik Adib dan buat kerja rumah.
 
     Selepas penat membuat kerja rumah, saya berehat sebentar sebelum solat Zohor. Selepas iatu saya berehat dan solat Asar di bilik Adib. Selepas solat, saya pergi ke stadium untuk sesi latihan silat. Walaupun letih saya tetap gembira kerana dapat hadir untuk berlatih.

   Pada waktu malam, kami hanya mendengar tazkirah dari Ustaz sebelum memulakan solat tarawih. Solat tarwih tamat pada pukul 9.40 malam. Selepas itu saya membuat jurnal ini.

No comments

Powered by Blogger.