jurnal harian

   Pada hari ini saya bangun pada jam 5.30 pagi selepas dikejutkan oleh ustaz dan Khalil untuk solat Subuh secara berjemaah. Selepas bangun, saya terus pergi ke tandas dan membasuh muka sebelum bergerak ke ke surau untuk solat Subuh dengan pelajar-pelajar yang lain. Cuaca pada pagi ini agak sejuk jadi saya pun memakai pakaian yang tebal seperti baju sejuk saya yang telah saya gunakan sejak tahun 2012. Setibanya saya di surau, saya mendapati yang masih ramai lagi pelajar yang belum sampai, jadi saya pun melelapkan mata sebentar di tepi surau. Agak lama jugalah saya terlelap shinggalah saya terjaga disebabkan oleh azan subuh yang berkumandang pada pagi ini. Kemudian, saya mengambil wudhuk dan bersiap untuk solat subuh. Selepas subuh, barulah saya pergi bersarapan di dewan makan.

   Pada jam 7.45 pagi, saya sudah berada di dewan serbaguna dan bersedia untuk perhimpunan harian. Pada hari ini, tiada apa-apa yang penting yang perlu saya ingat jadi saya tidak memberikan tumpuan sepenuhnya ketika perhimpunan berlangsung. Saya hanya mendiamkan diri dan cuba ingat kembali perkara-perkara yang menarik dalam hidup saya. Kadang-kadang, saya tergelak sedikit selepas mengimbau kembali pekara-perkara lalu.Di kelas, tidak banyak perkara baru yang saya belajar dan saya agak bosan belajar sepanjang hari.

   Pada waktu malam, saya hanya melakukan kerja saya di kelas dan tidur selepas tamat sesi prep.

  

No comments

Powered by Blogger.