Laporan Kem Kokurikulum di Kem Sri Raudhah, Gombak
Pada minggu lepas, Kolej PERMATApintar Negara telah mengadakan satu kem di Kem Sri Raudah, Gombak. Kem yang diadakan dari 21 hingga 23 April itu disertai oleh 386 orang pelajar dari PERMATApintar yang terdiri daripada pelajar yang berumur dari 11 hingga 17 tahun. Pelajar juga diiringi oleh 5 orang guru yang akan melihat tingkah laku pelajar sepanjang kem.
Objektif kem ini diadakan adalah untuk mendidik para pelajar menjadi seorang pemimpin yang berjaya pada masa hadapan. Kem ini juga diadakan untuk mendisiplinkan para pelajar yang mempunyai disiplin yang agak lemah.
Sebelum kami bertolak ke Kem Sri Rauhah, Dr. Rorlinda telah memberikan satu taklimat kepada kami di dewan serbaguna. Beliau mengingatkan supaya menjaga tingkah laku dan juga menjaga nama baik sekolah.
Pada jam 3 petang, kami bertolak dari PERMATApintar ke Kem Sri Raudah dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak UKM. Terdapat 9 bas kesemuanya dan seiap bas bertolak pada waktu yang berbeza. Bas yang pertama tiba di Kem Sri Raudah pada jam 4.50 petang. Setelah tiba, kami diberikan taklimat mengenai peraturan dan larangan sepanjang berada di kem.
Selapas taklimat, pelajar dibahagikan kepada setiap bilik yang berbeza. Pelajar diberikan masa untuk berehat, mengemas barang dan mandi sebelum pergi solat Maghrib. Selepas solat, barulah pelajar diberikan pelepasan untuk makan malam sebelum berkumpul semula untuk solat Isyak secara berjemaah. Aktiviti terakhir pada malam itu adalah pembahagian kumpulan, pembuatan logo kumpulan dan juga tepuk sorak bagi setiap kumpulan.
Pada keesokan harinya, pelajar bangun pada jam 5.30 tepat untuk solat Subuh secara berjemaah. Kemudian, pelajar mendengar taklimat daripada kem komander dan juga fesilitator yang ada di kem itu. Pada jam 7 pagi, para pelajar menghadiri satu sesi tazkirah di dewan solat yang dikendalikan oleh Abang Shain, salah seorang feislitator di kem itu. Jam 7.30 pagi, pelajar menghadiri satu sesi senam robik yang dikendalikan oleh Abang Boy, atau nama sebenarnya Abang Zaki yang juga merupakan salah seorang fesilitator di kem Sri Raudah. Selepas itu barulah pelajar pergi ke dewan makan untuk bersarapan.
Jam 9 pagi, para pelajar diberikan taklimat untuk program meredah hutan yang akan diadakan pada jam10 pagi. Taklimat diberikan oleh Encik Hafiz, iaitu seorang jurulatih tentera yang dijemput untuk melatih kami. Beliau menerangkan tentang pantang larang dan larangan sepanjang berada di dalam hutan. Pada jam 10 pagi, program meredah hutan dimulakan dan pelajar leleki yang terlebih dahulu bergerak ke kawasan hutan. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 20 minit itu memerlukan para pelajar untuk meredah belukar-belukar yang agak tebal dan meredah air sungai yang sejuk. Sebelum tiba di kawasan anak air terjun, pelajar terlebih dahulu melalui sebuah terowong yang berada di bawah sebuah lebuh raya.
Setibanya di anak air terjun, hanya pelajar lelaki sahaja yang mandi kerana kebanyakan kawasan air terjun telah diambil oleh pelajar lelaki. Namun begitu, kami tidak dapat untuk pergi ke air tejun yang terletak lebih dalam ke dalam hutan kerana jumlah kami yang ramai. Namun begitu, beberapa orang guru pengiring kami diberi kebenaran untuk pergi ke air terjun tersebut. Kami mandi manda dengan riang manakala pelajar perempuan hanya melihat kami dari kawasan bawah. Kami juga ada membuat stone balancing ketika air sudah semakain sejuk. Setelah 1 jam di kawasan anak air terjun, para pelajar diminta pulang.
Setibanya di kem pada jam 1 petang kami diberikan taklimat berkenaan aktiviti petang dan dilepaskan untuk makan tengah hari dan bersiap untuk solat zohor secara berjemaah. Pada waktu petang pelajar dikumpulkan mengikut kumpulan yang telah dibuat semalam.Aktiviti kali ini adalah masakan rimba. Pelajar diminta untuk memasak masakan dengan menggunakan buluh. Aktiviti itu berlangsung selama 4 jam. Sebelum aktiviti itu dimulakan, para pelajar telah diberi penerangan tentang cara-cara untuk memasak dengan menggunakan buluh. Di akhir aktiviti, pelajar dapat merasa sendiri masakan mereka namun begutu, hanya dua sahaja masakan yang masak manakala yang lain masih mentah. Selepas itu para pelajar dilepaskan untuk makan malam dan solat Maghrib.
Selepas solat Isyak, pelajar menghadiri satu aktiviti bersama abang Boy yang diadakan di dewan tertutup A. Tetapi sebelum itu para pelajar telah didenda oleh Kem Komander. Selepas didenda barulah para pelajar dilepaskan kepada abang Boy. Para pelajar diminta untuk berlawan osom antara satu sama lain sebanyak tiga kali tanpa kalah. Sesiapa yang kalah akan dipanggil pada setiap akhir sesi perlawanan. Terdapat dua sesi perlawanan kesemuanya. Kebanyakan yang gagal adalah lelaki. Selepas itu barulahpara pelajar diberikan taklimat berkenaan dengan nightwalk. Para pelajar diminta untuk membawa satu baju untuk setiap orang.
Pada jam 10 pagi para pelajar telah memulakan nightwalk. Nightwalk itu menggesa para pelajar untuk melalui jalan yang gelap sama ada berseorangan atau berpasangan. Aktiviti itu agak menyeronokkan kerana ianya dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk menikmati keindahan malam. Aktiviti itu tamat pada jam 1 pagi. Para pelajar didenda kerana tidak mematuhi arahan dan terpaksa tidur pada jam 1.30 pagi.
Pada hari ketiga, iaitu hari terakhir, para pelajar menghadiri satu lagi sesi senam robik bersama dengan abang Boy pada jam 7.30 pagi. Selepas itu para pelajar diminta untuk menyiapkan logo kumpulan dan tepuk sorak setiap kumpulan. Pelajar juga diberikan arahan untuk memberikan komen berkenaan dengan kem tersebut. Aktiviti tamat pada jam 11 pagi. Kemudian parapelajar menghadiri satu lagi senam robik bersama dengan Abang Boy namun begitu ia terganggu setelah Kem Komander datang dan memarahi para pelajar. Beliau amat marah dan tidak berpuas hati dengan komen yang diberikan. Beliau mengambil kertas komen yang dibuat oleh para pelajar dan mengoyakkannya di depan para pelajar. Kemudian beliau mendenda para pelajar sebelum masuk ke bilik dan mengambil begnya. Beliau kemudian cuba untuk meninggalkan kawasn kem dengan perasaan marah namun berjaya dipujuk oleh para pelajar.
Selepas itu barulah Kem Komander, atau Abang Azmi senyum buat kali pertama di kem itu di hadapan semua pelajar. Beliau mendedahkn bahawa semua denda dan apa yang beliau lakukan tadi hanya lakonan semata-mata. Majlis penutup diadakan selepas taklimat daripada kem komander itu. Para pelajar amat terharu dengan sikap semua yang terlibat kerana sanggup berlakon hanya untuk mendidik kami. Para pelajar bersalaman dengan para fesi sebelum makan tengah hari dan pulang ke PERMATApintar. Pelajar tiba di PERMATApintar seawal 2.15 petang.\
Yang Benar,
Tengku Arsyad Danih Darwsish bin Tengku Jusoh
Wakil pelajar PERMATApintar

No comments