Laporan iFSC 2019
Laporan iFSC 2019
Pada 8, 9, 10 dan 11 Julai 2019, bersamaan dengan hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis, pihak Pusat Genius@pintar Negara telah menganjurkan sebuah persidangan antarabangsa yang diberi nama 'International Future Scientist Conference(iFSC) 2019 di Pusat Genius@pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.Program ini disertai oleh semua pelajar Kolej PERMATApintar Negara(KPpN) serta beberapa pelajar dari sekolah-sekolah jemputan dari seluruh Malaysia seperti Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor(SEMASHUR), Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Sekolah Tun Fatimah(STF) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Mount Austin(SJKT Mount Austin). Program ini juga disertai oleh beberapa pelajar dari luar negara seperti pelajar dari Nazarbayev Intellectual School, Nur-Sultan, Khazakhtan yang pertama kali mengikuti program iFSC ini, serta pelajar dari Shibata High School, Jepun.
Objektif persidangan ini adalah bagi menyediakan platform untuk mempromosikan budaya perkongsian ilmu dikalangan para penyelidik muda melalui kaedah penerokaan, perbincangan, dan pembentangan. Persidangan ini juga bertujuan bagi menggilap potensi, bakat, kreativiti dan idea para penyelidik muda di Malaysia bagi menjadi penyelidik serta pemikir masa depan yang lebih berkebolehan dalam menangani serta mengharungi cabaran dalam membina negara maju di masa hadapan kelak. Ia juga akan membantu membangunkan kemahiran berkomunikasi, pengucapan awam dan pembentangan selain membina keyakinan diri para peserta untuk berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris dalam apa jua keadaan sekali pun.
Persidangan ini pertama kali diadakan pada 2012 dan ini merupakan tahun kelapan persidangan ini dijalankan. Tema persidangan pada tahun ini adalah “Research is the Shooting Star" di mana ia berkait rapat dengan bidang astronomi yang bertujuan bagi menarik minat pelajar terhadap bidang tersebut.
Pada 8 Julai 2019, bersamaan dengan hari Isnin, peserta-peserta dari sekolah jemputan datang ke Pusat Genius@pintar Negara bagi proses pendaftaran pelajar. Setibanya para pelajar ke Pusat Genius@pintar, mereka diminta untuk berkumpul di auditorium bagi proses pendaftaran serta penerangan mengenai program iFSC. Mereka juga dihidangkan dengan makanan serta minuman di tingkat atas auditorium tersebut. Pendaftaran berlangsung dari jam 8 pagi sehingga 1 petang. Mengikut perancangan awal, pada jam 2:30 petang akan diadakan sesi melawat sekitar kampus Kolej PERMATApintar bagi pelajar luar namun begitu, aktiviti tersebut terpaksa dibatalkan berikutan hari yang panas serta keadaan pelajar luar yang kelihatan agak letih. Pada jam 4 petang, peserta-peserta dari sekolah luar dibawa pulang ke Kolej Ibu Zain dan Kolej Ungku Omar dengan menaiki beberapa buah kereta berikutan perkhidmatan bas yang dibatalkan secara tiba-tiba oleh pihak yang bertanggungjawab. Namun begitu keadaan dapat diuruskan dengan baik oleh sekretariat-sekretariat iFSC serta ketua program, Encik Kamarulzaman, yang bertugas pada ketika itu bagi menguruskan perihal pelajar luar.
Selasa, 9 Julai. Program iFSC diteruskan lagi dengan majlis perasmian pada hari Selasa yang bermula pada jam 8 pagi. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita sebaik sahaja ketibaan tetamu kehormat dan para peserta iFSC yang lain. Bacaan doa yang menyusul selepas itu diketuai oleh Muhammad Ubaidah Al-Jarrah, seorang pelajar Tahap 1 dari KPpN. Prof Datuk Dr Noriah, pengarah Pusat Genius@pintar Negara kemudiannya memberikan ucapan alu-aluan. Selepas itu, tayangan video persembahan koir dari pelajar KPpN menghiasi majlis yang gemilang itu. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Prof Dato Ir Dr Abdul Wahab, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, UKM, yang merasmikan pembukaan program iFSC bagi tahun 2019. Selepas sesi bergambar, pelajar, para peserta dan guru-guru dijemput untuk berehat sambil minum pagi di dewan makan dan tingkat atas auditorium. Pada jam 10:30 pagi, program diteruskan lagi dengan sesi ceramah daripada penceramah jemputan, Prof Emerita Datuk Dr Mazlan Othman dengan tajuk ceramah beliau, "The Future of Astronomy". Beliau menerangkan mengenai projek-projek astronomi pada masa depan serta cabaran yang bakal dihadapi oleh generasi akan datang. Beliau juga menerangkan tentang kepentingan astronomi, serta perkembangannya pada masa sekarang. Ceramah beliau yang tamat pada jam 12 tengah hari menandakan tamatnya program iFSC pada hari tersebut. Di sebelah malam, "Networking Dinner" diadakan bagi mengeratkan hubungan antara peserta KPpn dengan peserta dari luar dengan menjemput mereka untuk makan malam bersama-sama. Makan malam ini diadakan di sebelah kolam renang KPpN.
Pada hari Rabu, 10 Julai, program diteruskan dengan lawatan ke gerai-gerai para peserta yang mempamerkan hasil penyelidikan mereka selama ini. Para juri turut hadir bagi menilai pembentangan oleh setiap peserta disamping menilai tahap komunikasi mereka bagi memberi nasihat untuk penambaikan di masa hadapan. Lawatan ini berlangsung dari jam 8:30 pagi sehingga 12 tengah hari. Di sebelah petang, pada jam 2:30, program diteruskan dengan ceramah daripada Encik Wan Mohd Aimran yang bertajuk "Earth 2.0". Beliau memberi ceramah mengenai cara saintis menamakan objek-objek di angkasa seperti planet, bintang dan galaksi. Beliau juga memberi penerangan mengenai eksoplanet serta usaha para saintis pada masa ini bagi mencari kehidupan di tempat selain daripada bumi. Selepas tamat sesi ceramah daripada beliau, program diteruskan lagi dengan sesi ceramah daripada yang bertajuk "From Tropical to Antarctica : A Journey Through The Deadliest 'Drake Passage'" daripada Dr Mohd Shahrul, seorang penyelidik daripada Malaysia. Selepas tamatnya ceramah beliau, pelajar KPpN diminta untuk tinggal di dewan auditorium sementara pelajar luar dan guru-guru luar diberi pelepasan untuk minum petang dan pulang ke kolej kediaman masing-masing. Para pelajar KPpN kemudiannya ditegur oleh guru Hal Ehwal Akademik atas beberapa kesalahan yang dilakukan oleh mereka pada hari tersebut sepanjang program berlangsung. Program pada hari Rabu tamat selepas itu.
Pada hari Khamis, 11 Julai, yang merupakan hari terakhir program iFSC, program dimulakan dengan sesi yang paling dinantikan oleh semua orang, iaitu sesi perkongsian daripada angkasawan pertama Malaysia, Dato Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie. Beliau berkongsi pengalaman bagaimana beliau mampu berjaya menjadi angkasawan dan cabaran yang dihadapi oleh beliau sebelum menjadi angkasawan 12 tahun yang lalu. Perkongsian yang dilakukan oleh beliau sangat menarik dan para pelajar amat berminat dengan apa yang disampaikan oleh beliau. Sesi bergambar dengan beliau berlangsung sebaik tamat sesi perkongsian daripada beliau. Selepas itu, sesi rehat diberikan kepada semua peserta dan para pelajar sehingga jam 10:30 pagi. Majlis penutupan dimulakan selepas itu dengan nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita serta disusuli dengan bacaan doa daripada Muhammad Ubaidah. Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian penutupan daripada Prof Datuk Dr Noriah. Persembahan daripada pelajar KPpN yang diketuai oleh Adrian Zachary berlangsung selepas itu dengan mempamerkan budaya serta tarian di Malaysia. Sesi penyampaian hadiah diadakan dan selepas tamatnya sesi tersebut maka tamatlah program iFSC 2019 dengan jayanya.
Secara keseluruhan, program iFSC ini berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah yang timbul ketika program berlangsung. Namun begitu, atas usaha para sekretariat, ahli jawatankuasa, guru-guru, Majlis Tertinggi Pelajar serta ketua program, program iFSC 2019 mampu dijalankan dengan jayanya. Diharap program pada masa depan akan berjalan dengan lebih lancar tanpa sebarang masalah.
Dilaporkan oleh, 12 JULAI 2019
........................,
(TENGKU ARSYAD DANISH DARWISH BIN TENGKU JUSOH)
Sekretariat iFSC 2019,
Kolej PERMATApintar Negara,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

No comments