Nota
1.Sastera
Sastera merupakan satu bentuk seni yang disampaikan dalam bentuk bahasa.Ia terbentuk daripada bahasa Sankskrit.Ia bermaksud huruf dan perkataan yang indah.

2.Bentuk dalam sastera.
Sastera mempunyai dua bentuk dalam penulisannya iaitu prosa dan puisi.
•Prosa
Prosa merujuk kepada hasil kesusteraan yang ditulis dalam ayat-ayat biasa yang menggunakan tatabahasa yang mudah.Biasanya ia disusun dalam bentuk karangan.

•Puisi
Puisi merujuk kepada hasil kesusteraan yang ditulis dengan "tidak menuruti tatabahasa."Ia terdiri daripada ayat-ayat yang lengkap,melainkan terdiri daripad frasa-frasa yang disusun dalam bentuk baris-barisan.Pada lazimnya,puisi merupakan bahasa yang berirama dan apabila dibaca pembaca akan berasa rentaknya.

NOTA GAYA BAHASA
1.Hiperbola
Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan.

2.Simile
Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit(boleh dihitung) dan kata abstrak(tidak boleh dihitung).

3.Asonasi
Pengulangan huruf vokal pada ayat.

4.Aliterasi
Pengulangan huruf konsonan pada ayat.

5.Repitasi
Pengulangan kata dalam baris yang sama.

6.Anafora
Pengulangan kata pada awal baris secara berterusan.

7.Epifora
Pengulangan kata pada akhir baris.

8.Responsi
Pengulangan kata di tengah baris.

9.Imej Alam
Penggunaan nama benda semula jadi pada ayat.

10.Paradoks
Pernyataan yang bertentangan tapi ada kebenarannya.

11.Personifikasi
Pemberian sifat manusia kepada benda.

12.Jenis Bahasa
Penggunaan perkataan dari bahasa lain selain daripada bahasa Malaysia.

LATIHAN
1.Senaraikan gaya bahasa dalam sajak "Kau dan Aku"
1.Asonasi

 Kau adalah bapa yang ingin jadi pemurah
 Kau adalah bapa yang ingin jadi pengasih
 Jadilah anakmu
 Anak perkasa yang gagah
 Mata bolanya api yang merah
Dan kau pun jadi lilin lembut

Di rumahmu
Anak-anakmu lebih bersuara lantang
Matamu mampu berkelip-kelip cuma
Jiran masih mengatakan kau baik hati
Senang hatimu menerima pujian
Kau pun semakin sunyi

Anak-anakmu semakin berani
Berguru liar
Pada gagak-gagak hitam di rimba
Dan kau sedar kini...
Langkahmu terbelenggu
Anakmu si manis pulang
Bersama cucumu berambut perang
 Jiran masih mengatakan kau baik hati
 Sedang hatimu semakin pilu...

 Beginilah lumrah alam
 Kau pun tersisih dari anak-anakmu
 Di pelabuhan waktu
 Kau disisiku di hujung perjalanan
 Dan aku pun terpisah
*Pengulangan huruf vokal a banyak kelihatan pada sajak di atas.

2.Aliterasi
Pada gagak-gagak hitam di rimba.
*Pengulangan huruf konsonan "g" banyak kelihatan pada ayat diatas.

3.Anafora
 Kau adalah bapa yang ingin jadi pemurah
 Kau adalah bapa yang ingin jadi pengasih
*Pengulangan perkataan "Kau" pada awal ayat.

4.Responsi
 Kau adalah bapa yang ingin jadi pemurah
 Kau adalah bapa yang ingin jadi pengasih
*Pengulangan perkataan "adalah,bapa,yang,ingin dan jadi"pada tengah ayat.

5.Imej alam
Pada gagak-gagak di rimba
*Perkataan rimba merupakan salah satu imej alam

6.Hiperbola
 Mata bolanya api yang merah
*Matanya bukanlah api yang sebenar tetapi ia hanya kiasan sahaja.

2.Berikan tema sajak "Kau dan Kau dan Aku"
Tema bagi sajak "Kau dan Aku" ini ialah tema kekeluargaan.

3.Berikan 3 persoalan bagi sajak di atas.
A.Siapakah watak dalam sajak ini?
B.Apakah jenis sajak ini?
C.Apakah maksud tersirat yang ingin disampaikan oleh penulis kepada pembaca?

4.Berikan 3 pengajaran.
1Janganlah derhaka kepada orang tua kita.
2.Sayangilah orang tua kita sementara mereka masih ada.
3.Didiklah anak kita dengan didikan yang paling elok.

No comments

Powered by Blogger.