Jurnal Harian             

  Hari ini aku bangun pagi dalam keadaan yang amat keletihan.Walaupun keletihan aku tetap memaksa diri aku untuk bangun dan solat Subuh secara berjemaah.Hari ini merupakan hari pertama bagi sesi persekolahan yang baru.Di pagi yang dingin itu aku mengingat kembali kenangan pahit manis ketika cuti persekolahan yang lalu.Ketika semua orang telah pulang pada hari Jumaat,aku dan beberapa pelajar yang lain menghabisakan masa di bilik masing-masing.Walaupun bosan tapi apakan daya hanya itu sahajalah perkara yang aku boleh buat sementara menunggu kedatangan ayah saudaraku yang datang untuk mengambilku.Hari berganti hari dan akhirnya ayah saudaraku datang juga akhirnya pada hari Ahad untuk mengambilku.    
  Jika ingin diceritakan semua pengalaman ketika cuti pasti mengambil masa yang lama jadi aku tidak menulisnya di sini.Selepas solat Subuh aku pun pergi ke asrama semula untuk mandi.Apabila badan aku terkena air di bilik mandi itu aku terus menggigil kesejukan tapi aku bijak mencari jalan untuk mengurangkan kesejukan air itu.Setelah siap memakai baju aku pun menyikat rambut dihadapan cermin almariku.Pada ketika itulah aku teringat kenangan ketika ibuku menyikat rambutku ketika aku kecil dulu.
   Kemudian aku membawa netbook yang dihantar oleh ayahku ke dewan makan.Aku tidak makan banyak kerana aku ni agak cerewet dalam memilih makanan dan sebab itulah aku menjadi kurus.Di kelas aku dan rakan-rakanku begitu berdebar menunggu keputusan ujian kami.Walaupun aku telah berusaha dengan gigih tapi keputusan yang aku dapat bukanlah seperti yang aku jangka.Namun begitu aku tetap bersyukur dengan segala keputusan yang telah diberi kerana hanya itulah yang aku mampu buat untuk ujian kali ini.
   Setelah habis sesi pembelajaran aku terus pergi ke surau untuk solat Zohor.Selepas itu kami menyambung semula sesi pembelajaran dari jam 2:30 petang sehinggalah waktu Asar.Selepas solat Asar aku terus bergegas ke bilik untuk merehatkan diriku yang sudah terlalu penat.Selepas mandi aku pun terus pergi ke dewan makan untuk makan malam.Selepas itu aku pun pergi solat Maghrib bersama dengan rakan-rakanku yang lain.Selepas solat kami mendengar sedikit tazkirah dan disambung pula dengan solat Isyak.Kemudian kami ada sesi prep di kelas masing-masing sehingga jam 10:30 malam.Selepas itu aku pun pergi makan aiskrim di dewan makan setelah dibelanja oleh kawanku.Setelah semua kerja siap dilaksanakan aku pun terus menulis jurnal yang tidak seberapa ini di blog aku.Sampai sini sahaja untuk masa ini.                             

1 comment:

Powered by Blogger.