Jurnal Harian
Hari ini aku tidak mengalami banyak perkara yang tidak diduga seperti hari pertama.Hari ini aku terasa lebih aman dan tenteram berbanding hari semalam.Bermula dari aku bangun tidur aku terus melihat ke luar jendela bilik aku sambil bayu pagi meniup lembut terus ke muka ku.Secara tiba-tiba aku teringat lagu yang aku gemari ketika aku di sekolah rendah yang bertajuk "Aku Tanya Apa Khabar?".Lagu itu mengingatkanku tentang memori aku bersama rakan-rakanku di sekolah rendah dulu.
Hari ini aku sebenarnya berasa agak sedih sedikit kerana markah keputusan ujian Biologi aku agak rendah.Apakan daya aku takkan dapat mengubahnya lagi.Walaupun markah aku rendah tapi ia takkan melemahkan semangatku untuk terus berusaha di sini.Ini medan tarbiah dan bukan medan untuk tabiat.Itulah kata-kata yang dapat aku lihat di papan putih rakan sebilik aku sebulan yang lalu.Kata-kata itu menyedarkan aku tentang tujuan sebenar aku datang ke sini.
Kadang-kadang aku terfikir tentang masa depanku dan aku sering bertanya pada diri sendiri "Siapakah yang aku kahwini nanti dan adakah dia akan bahagia bersamaku?".Aku juga berfikir adakah aku ini akan hidup lama atau tidak?Hanya Tuhan yang mampu menjawab semua soalan ku itu kerana Dia Maha Mengetahui.Dulu ada seseorang menyukaiku namun akut idak menyedarinya kerana aku terlalu sibuk dengan pelajaranku.Bila aku tahu dia menyukaiku aku tidak tahu apa nak dikatakan.Lidah aku kelu tapi akhirnya aku beranikan diri dan berkata kepadanya yang aku menyukainya juga tapi aku sekarang ni perlu fokus pada pelajaranku.Ketika itu waktu senja dan dia menerimanya dengan baik sekali.Kemudian aku pulang ke rumahku dengan hati yang berat kerana terpaksa meniggalkan dia.Walaupun aku sudah meninggalkan dia dalam jangka masa yang agak lama wajahnya masih segar di ingatanku.Masa terus berlalu dan akupun terus menyendiri
Sampai pada waktu petang kami pun memulakan pembelajaran sehingga 4:30.Selepas menyalin pakaian aku pun terus pergi ke kolam renang untuk mandi bersama rakan-rakanku.Setibanya aku di sa kawan-kawanku sudah pun berada di sana tapi aku langsung tidak melihat kehadiran pengawal keselamatan yang menjaga kolam.Oleh itu,aku berfikir sekejap sama ada aku boleh mandi atau pun tidak.Secara tiba-tiba Cikgu Bhasa Perancis datang ke kolam itu dan menanya kepada rakanku siapa yang membenarkan mereka untuk mandi jika tiada lifeguard.Disebabkan risau aku pun terus membatalkan niatku untuk mandi dan terus naik ke bilik.
Selepas prep aku pun berbual sebentar bersama ayahku di Sarawak dengan mengguanakan telefon bimbit.selepas itu aku pun terus menyiapkan kerja dan jurnal ini.

#tgarsbeingtrolledbadly hahahahahahaqhahahahahahashahahahahahahahaha
ReplyDelete