Jurnal Harian Hari ini aku bangun pagi di katil aku yang agak bersepah dan kotor dalam keadaaan yang agak mengantuk.Ini mungkin disebabkan oleh kerja rumah semalam kerana jika tiada kerja rumah sudah pasti aku dapat tidur lebih awal.Walau bagaimanapun aku tetap memaksa diriku untuk bangun dan pergi ke surau untuk mengerjakan solat Subuh secara berjemaah dua rakaat tunai mengikut imam kerana Allah Ta'ala.Ketika masuk ke surau aku terus tertidur di penjuru surau kerana aku terlalu letih.Selepas kawanku Adib mengazankan azan Subuh aku terus terjaga dari tidurku dan terus mengambil air wudhu untuk mengerjakan solat.Selepas solat aku terus pergi ke dewan makan untuk makan sarapan pagi.
Selepas sarapan aku terus balik ke asrama untuk mandi.Seperti biasa air pada pagi itu amatlah sejuk.Selepas mandi aku terus pergi menyalin pakaianku di bilik.Ketika itu aku memakai baju kemeja yang baru dibeli ketika cuti.Kemudian aku terus bergegas ke dewan serbaguna untuk perhimpunan harian.Kemudian waktu pembelajaran pun dimulakan sehingga 10 pagi dan disambung pada pukul 10:30 pagi.Pada pukul 10:45 pagi kami semua dipanggil ke dewan serbaguna untuk mengambil uniform sekolah.Ketika aku mencuba uniform aku,aku berasa sangat terkejut kerana uniforma aku besar seperti kot makmal.Setelah disiasat rupa-rupanya pihak atasan telah salah memesan baju untuk saya.Saya masih simpan gambar saya memakai bajutu di telefon pintar saya.Kemudian kami terus menyambung pembelajaran kami.
Pada waktu petang aku bersemangat untuk melihat gerhana bulan pada malam ini.Maklumlah saya ni seseorang yang minat astronomi.Namun begitu,niat ku terhalang kerana cuaca agak berawan.Selepas solat Isyak aku pun masuk ke bilik untuk menyiapkan kerja sekolah dan jurnal ini.

No comments