Jurnal Harian                                                                                                                                                                                                                                               Hari ini aku tidak menjangka dari saat aku bangun tidur aku akan menghadapi banyak cabaran. Semuanya berlaku secara tiba-tiba dan tanpa diduga.Hari ini aku akan melauinya.Aku akan menghadapinya dan aku akan mengatasinya.Sebenarnya tiada apa-apa pun yang berlaku hari ini pada diriku.Hanya beberapa kejadian yang agak tidak dijangka.Tapi aku hanya menerimanya dengan rela kerana aku tahu semua itu adalah takdir.

   Semuanya bermula dari pagi hari apabila kami berada di kawasan perhimpunan harian di dewan serbaguna.Secara tiba-tiba pihak PERMATApintar memberi kami tugasan tentang hari "I'm not a rubbish".Kami diminta untuk membuat prototaip yang menggunakan bahan-bahan kitar semula. Kami juga disuruh untuk membuat satu video.Walaupun kami tak rela untuk membuat tugasan itu namun kami terpaksa menerimanya untuk markah jati diri.

   Ketika prep kami membincangkan tentang kerja kami itu.Walaupun sukar kami akhirnya dapat menyiapkan sedikit tugasan itu.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.Walaupum kami berdepan sedikit masalah tetapi kami tetap tabah mengharungi segala dugaan.Kerja yang selebihnya kami akan buat dalam masa 1 atau 2 hari lagi.Ketika di asrama aku bersama dengan rakanku pergi ke bilik rakanku yang menguruskan prototaip itu.Kami berbincang sekejap mengenai prototaip itu sehinggalah jam 11:20 malam.Kemudian aku masuk ke bilik untuk menyiapkan kerja yang aku masih tidak siapkan.Selepas itu barulah aku mula membuat jurnal pada pukul 12 malam.

No comments

Powered by Blogger.