Jurnal Harian
Jurnal Harian
Hari ini aku bangun pagi agak awal daripada orang lain.Aku menyedari perkara ini apabila aku bangun dengan sendirinya dan tidak dikejutkan oleh orang lain.Kebiasaannya pasti akan ada sekurang-kurangnya seorang yang akan mengejutkan aku dan rakan-rakanku yang lain.Aku berasa agak pelik pada pagi itu dan menunggu untuk seseorang datang ke bilikku kerana pada waktu itu ia sudah hampir masuk waktu Subuh.Tepat pada pukul 6 pagi pelajar yang sering mengejutkan pelajar lain itu pun datang.Selepas itu aku pun terus pergi ke surau untuk mengrjakan solat Subuh secara berjemaah.Selepas itu aku pun pergi bersarapan dan naik ke bilik untuk mandi.
Selepas mandi aku membawa baju Melayuku ke pantri untuk disterika.Aku terpaksa menunggu lama di situ kerana ramai orang ingin menggosok baju mereka pada pagi itu.Selepas menggosok baju aku bergegas memakainya kerana aku sudah terlewat untuk perhimpunan harian kami di dewan serbaguna.Selepas menyiapkan semua barang yang ingin dibawa aku terus mengambil beg aku dan memakai kasut sambil bergegas ke dewan serbaguna.Ketika perhimpunan ada beberapa pelajar tidak dapat datang kerana mereka terpaksa pergi ke kelas Perancis dari pukul 7:30 pagi sehingga pukul 8:30 pagi.Selepas mendengar ucapan daripada cikgu bertugas aku dan rakan-rakanku pergi ke auditorium untuk mengikuti satu program yang dianjurkan oleh pihak PERMATA.
Ketika program kami bermain permainan Kahoot! bersama dengan pensyarah.Permainan itu diadakan sebanyak tiga kali dan ketiga-tiga permainan itu dimenangi oleh perempuan.Selain itu kami juga diajar cara-cara untuk membuat animasi sendiri.Selepas habis program kami pun meneruskan rutin harian kami seperti biasa sehinggalah waktu tidur.Dan aku pun menyiapkan jurnal ini pada pukul 12:45 tengah malam.

No comments