Jurnal Harian
Jurnal Harian
Hari ini bermula di saat aku bangun pagi agak lewat pagi tadi.Ketika bangun aku agak terkejut kerana aku tidak ingat pada waktu bilakah aku tidur semalam.Kemudian aku teringat yang aku tertidur ketika cuba menyiapkan jurnal aku semalam.Disebabkan itu aku agak risau kerana jika cikgu tidak menerima jurnal aku itu sudah pasti markah aku akan ditolak.Oleh sebab itu,aku terus membuka blog aku selepas bersarapan untuk menyiapkan blog aku.Selepas itu aku menyambung tidurku kerana terlalu letih sehingga jam 9:40 pagi.Selepas itu aku terus mandi dan memakai pakaianku untuk pergi ke perjumpaan Kadet Pertahanan Awam Malaysia atau nama organisasinya yang sebenar iaitu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
Perjumpaan itu dimulakan dengan latihan kawad kaki dari pukul 10 pagi sehinggalah jam 11 pagi. Ketika berkawat saya tiba-tiba terasa pening dan hampir pitam.Saya pun meminta kebenaran cikgu untuk berehat.Selepas itu kami semua menjalani satu aktiviti yang menyeronokkan iaitu latihan menyelamat mangsa dalam situasi yang tertentu.Perjumpaan kami tamat pada pukul 12 tengah hari.
Selepas makan malam saya terus naik ke bilik dan mandi.Kemudian saya dan rakan saya pergi ke surau untuk solat Maghrib.Selepas itu saya pergi ke kelas asasi iaitu tempat usrah kami dijalankan. Ketika usrah kami hanya bermain dam Haji,Dam Kapit dan juga catur kerana ketua kami tidak ada pada ketika itu.Selepas itu kami pun solat Isyak dan masuk ke bilik masing-masing.Ketika di bilik rakanku menyuruh saya pergi ke kelas prep kerana ada perjumpaan.Perjumpaan itu tamat pada pukul 11 malam.Selepas itu aku pun menulis jurnal ini.

No comments