Jurnal Harian                                                                                                                                                                                            
   Pada hari ini saya bangun dengan keadaan yang agak malas dan lesu.Ini berpunca kerana aku tidur lewat semalam.Dengan keadaan yang malas itu saya berjalan pergi ke dewan serbaguna untuk solat Subuh secara berjemaah bersama dengan pelajar lain.Setibanya saya di dewan serbaguna keadaan masih lagi gelap kerana masih ramai murid yang belum datang ke dewan serbaguna itu.Saya pun menunggu kedatangan pelajar-pelajar lain sehingga pukul 6:45pagi.Kemudian kami pun solat Subuh secara berjemaah sehingga jam 7 pagi.Selepas itu kami pun terus berserapan pagi di dewan makan sehingga jam 7:30 pagi.Walaupun makanan pada sarapan itu tidak sedap tetapi aku memaksa diriku untuk makan kerana saya terasa amat lapar pagi tadi.

   Selepas sarapan saya menonton filem di bilik saya sehingga jam 8:30 pagi.Kemudian saya pun pergi mandi.Selepas mandi saya cuba mencari pakaian saya apabila seseorang menghubungi saya menggunakan telefon.Dia menyuruh saya pergi ke kelas prep kami secepat mungkin kerana kami ada tugas yang perlu dilaksanakan.Tugas itu siap pada pukul 12 tengah hari.

   Selepas solat Zohor saya pun baring di katil saya kerana saya agak mengantuk pada ketika itu.Secara tiba-tiba saya tertidur pada waktu itu.Ketika bangun saya melihat jam dan bergegas ke surau untuk solat Asar kerana ia sudahpun jam 5 petang.Selepas solat saya terus mandi dan menyalin pakaian.Kemudian kami menunaikan solat Maghrib dan Isyak seperti biasa di dewan serbaguna.Kemudian kami pergi ke kelas masing-masing untuk sesi prep.Selepas prep saya terkejut apabila melihat bulan berwarna jingga.Oleh sebab saya minat astronomi saya pun menangkap gambar fenomena itu menggunakan telefon pintar saya.Selepas itu saya bertanya kepada cikgu saya tentang fenomena ini dan menghantar gambar itu kepadanya.Beliau memberi saya banyak fakta mengnainya dan sayapun faham semua yang beliau jelaskan.Hari saya tamatdengan penamat yang indah.Hari ini adalah hari yang menyeronokkan.

No comments

Powered by Blogger.