29 MAC 2016 ISNIN
JURNAL HARIAN
Hari ini saya bangun pada pukul 5:40 pagi.Ketika bangun saya melihat keadaan di sekeliling saya kerana saya ada terasa seperti sesuatu bergerak di tingkap bilik saya.Objek misteri itu amat besar.Ketinggiannya dari atas tingkap hingga ke lantai.Bagi saya itu adalah sangat tinggi kerana ia hampir sama dengan ketinggian teman sebilik saya.Secara tiba-tiba objek itu bergerak-gerak di tingkap itu.Saya berasa amat takut pada ketika itu kerana di dalam fikiran saya saya hanya memikirkan perkara-perkara yang menakutkan terutamanya pontianak.Walaupun saya ketakutan saya tetap beranikan diri untuk menghampiri objek itu.Saya pun memulakan langkah saya menghampiri objek itu secara perlahan-lahan.Semakin lama saya semakin dekat.Apabila saya berada di depan objek itu saya baru perasan bahawa objek itu sebenarnya cuma tuala teman sebilik saya yang dia gantung di tingkap.Pada pukul 6 pagi saya pun pergi ke surau untuk solat Subuh secara berjemaah. Selepas itu saya pun bersarapan di dewan makan.Kemudian rutin harian saya pun berjalan seperti biasa.
Pada pukul 4:30 petang saya solat Asar secara berjemaah di surau.Kemudian selepas solat kami pun membaca doa bersama dengan imam.Selepas solat saya pergi ke bilik untuk memuat kerja sekolah yang telah diberi oleh cikgu.Saya melaksanakan kerja sekolah itu bersama dengan rakan saya yang tinggal satu blok dengan saya.Selepas itu kami berdua pun turun untuk makan malam di dewan makan.Pada hari ini kami telah dihidangkan dengan ayam yang sangat lazat.
Selepas mandi kami pun solat Maghrib dan solat Isyak di dewan serbaguna.Selepas solat kami ada perjumpaan di dewan serbaguna.Apabila perhimpunan tamat kami pun pergi ke kelas prep masing-masing dan masuk bilik pada pukul 11 malam.Selepas itu saya pun menulis jurnal ini.

No comments