JURNAL HARIAN

30 MAC 2016                                                                                                                                RABU                                                                   JURNAL HARIAN                                                                              
   Hari ini saya bangun agak awal kerana saya dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu dari pelbagai arah.Bagi saya orang yang mengetuk pintu itu adalah orang yang sangat baik kerana dia sanggup bangun awal dari orang lain semata-mata untuk mengejutkan mereka untuk bangun dan solat Subuh.   Selepas bangun saya terus pergi ke dewan serbaguna untuk solat Subuh.Ketika saya berjalan menghampiri dewan serbaguna saya asyik terfikir apakah tujuan sebenar saya lahir ke dunia ini?Adakah saya akan hidup lama atau adakah saya akan meninggal awal?Persoalan itulah yang sering muncul di dalam fikiran saya yang semakin lama dikoyak waktu.Saya pun solat Subuh secara berjemaah di dewan serbaguna pada pagi itu.Kemudian,saya pun bersarapan di dewan makan bersama dengan rakan-rakan saya yang lain.

   Selepas sarapan saya naik ke bilik saya dan mengambil tuala,sabun,berus gigi dan ubat gigi untuk mandi.Hari ini agak pelik kerana kebiasaannya air pada pagi itu sejuk tapi hari ini air itu agak panas.Saya pun mandi dengan air panas itu sepuas-puasnya kerana jarang saya dapat mandi air panas di sini.Selepas mandi saya pun memakai baju kemeja,tali leher dan seluar hitam untuk ke sekolah.Ketika di sekolah saya tidak banyak belajar kerana kebanyakan cikgu tiada pada hari itu.

   Selepas tamat sekolah saya pergi ke Blok Pensyarah untuk perjumpaan Kelab Saintis Muda yang pertama pada tahun ini.Ketika di sana saya terjumpa dengan Cikgu Mior.Selepas saya terjumpa beliau saya pun bertanya tentang markah ujian saya.Cikgu Mior hanya berkata dia akan hantarkan keputusan itu kepada kami pada malam ini sambil tersenyum manis.Cikgu Mior sangat baik kerana beliau jarang memarahi kami dan beliau juga mengajar kami dengan cara yang kami mudah untuk faham.Kemudian rutin harian saya berjalan seperti biasa kecuali selepas solat Maghrib kerana kebiasaannya kami ada program khas tapi ianya telah ditukar dengan prep dari pukul 8 hingga jam 10 malam.Selepas itu saya pun menyiapkan kerja rumah Pendidikan Agama Islam saya di bilik saya.Akhir sekali saya menulis jurnal ini untuk kegunaan semua.

No comments

Powered by Blogger.