1 APRIL 2016                                                                                                                           JUMAAT
                                                          JURNAL HARIAN          
   Hari ini saya bangun pada pukul 6 pagi.Semalam saya tidak dapat tidur dengan lena kerana saya tidak dapat membuat kerja rumah saya.Selain itu,saya juga tidak dapat tidur lena kerana saya telah menonton satu filem seram sebelum tidur.Filem itu membuatkan saya berasa sangat takut apabila saya menontonnya.Selepas bangun dari tidur saya masih berasa mengantuk kerana tidak cukup tidur semalam.Walaupun mengantuk tapi saya masih memaksa diri saya untuk bangun dan berjalan ke surau di sebelah Dewan Makan untuk ssolat Subuh secara berjemaah.Selepas solat saya terlelap di penjuru surau kerana terlalu letih.Saya bernasib baik kerana mempunyai kawan yang baik di sini.Kawan saya mengejutkan saya tepat pada waktunya.Selepas itu kami pun bersarapan di Dewan Makan seperti biasa.

   Selepas sarapan kami pun mandi di asrama.Saya lebih awal keluar dari bilik mandi kerana saya tidak suka mandi menggunakan air yang sejuk pada waktu pagi.Selepas itu saya pun pergi ke kelas seperti biasa.Sesi kelas tamat pada pukul 11 pagi.Selepas itu saya pergi ke Usrah saya di surau.Ketka di sana kami hanya makan-makan sahaja sambil bercerita.

  Padav waktu malam pula tidak banyak perkara yang berlaku.Kami hanya diberi nasihat sediki oleh ketua Majlis Tertinggi Pelajar selepas solat Isyak.Selepas itu saya masuk bilik dan melihat filem dengan teman sebilik saya.Selepas itu barulah saya menulis jurnal ini.

No comments

Powered by Blogger.