JURNAL HARIAN(UNTUK 30 MAC 2016)

                                              JURNAL HARIAN                        

   Maaf kerana lewat menghantar jurnal ini.Laptop saya mengalami beberapa masalah yang menyebabkan saya tidak dapat menggunakan laptop saya selama 1 hari dan 5 jam.Walaupun saya tidak dapat membuat jurnal pada hari Khamis itu tapi saya masih ingat apa yang terjadi pada hari itu.Saya akan menceritakan apa yang saya ingat pada hari itu.Ini adalah jurnal yang saya buat untuk hari itu.

   Hari ini merupakan hari Khamis yang cerah di Kolej PERMATApintar.Saya bangun pada pukul 6 pagi seperti biasa.Seperti hari-hari yang sebelumnya saya solat Subuh secara berjemaah di surau bersama dengan rakan-rakan saya.Selepas solat saya pun pergi ke Dewan Makan untuk bersarapan.Kemudian hari saya pun bermula seperti biasa.Sesi pembelajaranbermula dari pukul 8 atau 8:30 pagi dan tamat pada pukul 10 pagi untuk minum pagi.Selepas itu sesi pembelajaran disambung semula dari pukul 10:30 pagi hingga pukul 12 tengah hari.Saya tidak banyak belajar hari ini kerana ramai cikgu tidak datang.Dari pukul 2:30 petang hingga 3:30 petang saya menghadiri kelas bahasa antarabangsa.Saya belajar bahasa Jepun pada petang itu.

   Pada pukul 4:30 petang saya masuk ke bilik dan meletak semua barang-barang saya di bilik.Selepas itu saya pergi ke surau untuk solat Asar.Kemudian saya masuk ke bilik semula dan membuat kerja sendiri.Apabila jam sudah menunjukkan 6 petang saya pun terus mandi.Selepas mandi saya memakai Baju Melayu dan pergi makan malam di Dewan Makan.

   Pada waktu malam tiada apapun yang berlaku.Hanya rutin harian seperti biasa dan perbincangan tentang prototaip.Perbincangan itu kami adakan di kelas prep kami.Semuanya berjalan dengan lancar.Selepas itu saya masuk bilik dan membuat jurnal ini.

No comments

Powered by Blogger.