19 April 2016 Selasa
Jurnal Harian
Hari ini saya bangun agak lewat untuk solat Subuh.Apabila saya bangun dari tidur jam sudah pun menunjukkan pukul 6:35 pagi.Selepas itu saya pun bergegas pergi ke surau untuk solat Subuh tidak kiralah sama ada berjemaah atau pun tidak asalkan solat sahaja.Apabila saya tiba di surau saya agak terkejut kerana tidak ramai pelajar yang turun untuk solat Subuh.Saya pun mengambil wudhuk dan solat secara sendiri di surau.Selepas solat,saya pun bersarapan di dewan makan.Ketika itu,saya dapat melihat beberapa pelajar sedang menikmati sarapan mereka.Saya pun mengambil sarapan saya dan duduk bersama dengan mereka.Selepas saya menanya mereka punca kebanyakan pelajar tidak turun Subuh mereka menjawab yang puncanya adalah disebabkan oleh tidak dapat bangun untuk solat Subuh kerana tiada sesiapa pun yang mengejutkan pelajar-pelajar lain.Selepas itu saya pun menghabiskan sarapan saya dan pergi ke asrama untuk mandi.
Selepas mandi saya berehat di bilik saya dengan tenang.Suasana di dalam bilik itu amat sunyi.Tapi selepas itu kesunyian itu diganggu dengan suara orang memanggil semua pelajar untuk turun ke stadium.Saya pun pergi sahaja ke stadium kerana saya tiada apa-apa untuk dibuat di bilik saya.Selepas itu kami pun bersukan dari 8:30 pagi dan berakhir pada 6 petang.
Pada aktu malam saya dikejutkan dengan mesej dari cikgu saya yang memberitahu bahawa esok ada ujian.Saya tidak sempat untuk belajar jadi redha sahaja dengan keputusannya nanti.

No comments