15 April 2016                                                                                                                    Jumaat
                                                        Jurnal Harian

  Hari ini merupakan hari Jumaat yang agak mengembirakan bagi saya.Saya bangun pada hari ini pada pukul 6 pagi selepas dikejutkan oleh ustaz.Selepas bangun saya masih agak mengantuk sehingga menyebabkan saya tertidur di surau.Saya tidur dengan nyenyak sehinggalah azan Subuh dilaungkan.  Apabila saya bangun saya masih berfikir "saya berada di mana sekarang ni?".Maklumlah pada ketika itu saya masih lagi seperti di awang-awangan selepas dibuai mimpi indah.Setelah sedar saya pun bergegas mengambil air wudhuk dan solat Subuh secara berjemaah dengan pelajar-pelajar yang lain.Selepas solat saya menyambung tidur sehingga pukul 7 pagi.

   Pada pukul 7 pagi,saya bersarapan di dewan makan.Kemudian saya pun naik ke bilik untuk mengambil alat untuk saya mandi.Saya pun mandi selepas menemui semua alat mandian saya.Selepas mandi air yang sejuk,saya pun memakai baju sukan kerana saya ada kelas sukan pada hari ini dan pergi ke dewan serbaguna untuk perhimpunan pagi.Ketika perhimpunan pelajar bertugas memaklumkan bahawa pada hari ini bermulanya Kem Badan Unit Beruniform Kolej PERMATApintar Negara.Ramai pelajar berasa seronok pada ketika itu.Namun,keseronokan itu hanya sementara kerana kem itu hanya dilakukan di dalam kampus PERMATApintar dan bukannya di luar kawasan kampus seperti yang diharapkan oleh pelajar-pelajar yang lain.

  Pada petang tadi kem badan beruniform bermuala dengan sesi pengenalan para jurulatih dengan pelajar.Pada sebelah malam pula kami ada program sukaneka.Kami pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia hampir menjuarai semua pertandingan pada malam ini.Saya berasa seronok dan juga agak letih.Selepas tamat program saya pun masuk ke bilik dan membuat kerja rumah sebelum tidur.

No comments

Powered by Blogger.