14 April 2016                                                                                                                   Khamis                                                     Jurnal Harian

   Hari ini mungkin boleh dikatakan sebagai hari paling sibuk bagi saya untuk minggu ini.Semuanya akan diceritakan selepas ini.

   Hari ini saya bangun agak lewat kerana selepas saya bangun saya cuba untuk tidur balik.Saya bernasib baik mempunyai rakan yang baik yang membangunkan saya apabila saya tertidur pada pagi ini.Selepas dikejutkan oleh rakan saya saya pun bergegas ke surau untuk solat Subuh secara berjemaah.Saya datang tepat pada masanya kerana apabila saya sampai bilal baru sahaja melaungkan azan Subuh.Saya pun pergi ke ruang wudhuk dan mengambil air wudhuk.Selepas itu saya pun solat secara berjemaah bersama dengan pelajar-pelajar yang lain.

   Selepas solat saya pun bersarapan di dewan makan seperti biasa dengan rakan-rakan saya.Saya makan dengan agak perlahan kerana saya agak mengantuk pada ketika itu.Selepas sarapan saya pun mandi di asrama.Selepas mandi saya pun memakai baju kemeja dan pergi ke dewan serbaguna untuk perhimpunan harian.Selepas perhimpunan sesi pembelajaran pun bermula.Hari ini saya mendapat banyak sangat kerja rumah sehingga saya tidak tahu sama ada saya dapat menyiapkannya tepat pada masa atau tidak.

  Pada waktu prep saya hanya melakukan kerja rumah sehinggalah tamat waktu prep.Di bilik saya hanya menulis jurnal ini sebelum tidur.

No comments

Powered by Blogger.