3 Mei 2016                                                                                                                 Selasa
                                                                 Jurnal Harian

   Hari ini merupakan hari persekolahan yang pertama bagi minggu ini.Saya bangun hari ini dalam keadaan yang sangat mengantuk namun, saya tidak dapat mencuci muka saya kerana air tidak ada di asrama kami.Saya pun pergi ke blok C kerana di sana jarang mengalami gangguan bekalan air. Selepas itu saya pun pergi ke surau untuk solat Subuh secara berjemaah dengan pelajar-pelajar yang lain. Setibanya di surau saya pergi ke kawasan mengambil air wuduk untuk berwuduk. Namun begitu, saya berasa sangat kecewa kerana tiada air di surau juga. Saya pun pergi ke dewan serbaguna untuk berwudhuk kerana di sana air agak kuat mengalir. Saya berasa segar selepas berwuduk dan saya pun pergilah ke surau selepas itu. Seterusnya saya pun solat Subuh secara berjemaah. Kemudian saya bersarapan dan naik ke asrama semula selepas habis bersarapan di dewan makan.

   Selepas itu saya pun mandi di blok C kerana blok D masih tiada air. Selepas mandi saya pun memakai pakaian saya dan pergi ke dewan serbaguna untuk perhimpunan harian. Ketika itulah baru saya ingat bahawa hari ini kami terpaksa memberi telefon pintar kami kepada pihak kolej. Saya berasa sangat sedih. Selepas perhimpunan pelajaran diteruskan seperti biasa sehinggalah waktu zohor. Selepas solat Zohor, saya dan 24 lagi rakan saya pergi menghadiri satu ceramah di PusatSiswazah, UKM. Ceramah itu bertajuk "Sepetang bersama BINTANG". Ceramah itu bermula dari 2:30petang dan berakhir pada 5:30 petang. Kemudian saya pun pergi ke surau selepas tiba di kolej untuk solat Asar.Saya pun makan malam selepas solat kerana saya siap solat pada pukul 6 petang.

   Malam ini tidak banyak pekara berlaku. Kami hanya prep seperti biasa dan solat Isyak pada pukul 10:05 malam.Selepas solat kami pun masuk ke bilik masing-masing dan menyiapkan tugasan masing-masing. Saya pula menulis jurnal ini. Itu sahaja dari saya sekian terima kasih.

No comments

Powered by Blogger.