20 April 2016                                                                                                                            Rabu
                                                            Jurnal Harian

   Hari ini merupakan hari Rabu yang agak sukar bagi saya.Saya bangun pada hari ini dalam keadaan yang agak pening namun saya tidak tahu sebabnya. Saya bergeraka sahaja ke surau walaupun saya agak pening pada waktu itu. Setibanya di surau saya berehat di penjuru kerana masih pening. Selepas lama saya memejamkan mata saya pun tertidur di penjuru itu. Saya bangun semula selepas mendengar azan Subuh berkumandang. Saya pun mengambil wudhuk untuk solat Subuh secara berjemaah dengan pelajar-pelajar yang lain. Ketika solat saya agak susah untuk berdiri kerana masih pening tapi saya dapat menahannya. Selepas solat saya dan pelajar-pelajar lain membaca Al-Mathurat bersama-sama. Selepas itu saya pun berehat di surau sehingga pukul 7 pagi. Pada pukul 7 barulah saya bersarapan di dewan makan.

   Selepasa sarapan saya pun naik ke bilik untuk mandi walaupun saya agak pening. Selepas mandi pening saya berkurangan jadi saya pun pergilah ke kelas seperti biasa.Sesi pembelajaran berjalan seperti biasa hari ini.

   Pada waktu malam selepas Maghrib kami ada menyokong peserta-peserta yang bermain badminton.  perlawanan agak sengit dan terpaksa di sambung pada hari esok. Selepas perlawanan tamat saya dan rakan-rakan yang lain pun solat Isyak di surau. Selepas itu kami membaca Al-Mulk sebelum masuk ke bilik masing-masing. Sampai sini sahaja jurnal saya hari ini.

No comments

Powered by Blogger.