21 April 2016 Khamis
Jurnal Harian
Hari ini saya bangun dalam keadaan yang masih agak pening tapi ia sudah mula susut.Saya bangun dari katil saya dan pergi ke surau utuk solat Subuh secara berjemaah. Setibanya di surau hanya dua tiga orang pelajar sahaja yang ada di situ pada masa itu .Disebabkan masih belum masuk waktu saya pun tidur sekejap di tepi surau. Seperti biasa saya dikejutkan oleh bunyi laungan azan Subuh. Saya pun mengambil wudhuk untuk solat bersama dengan pelajar-pelajar lain. Selepas itu saya pun solat bersama dengan mereka di surau. Selepas solat seperti biasa kami membaca Al-Mathurat sebelum meninggalkan surau. Saya berehat di surau sebentar sebelum bersarapan di dewan makan kerana saya masih berasa agak mengantuk. Pada pukul 7 saya pun berasarapan di dewan makan.
Semasa sesi pembelajaran pagi, saya dapat belajar seperti biasa namun secara tiba-tiba saya mula pening dan sakit kepala. Rakan saya juga memberitahu saya bahawa suhu badan saya agak panas. Saya pun pergi ke pusat kesihatan pada pukul 2:30 petang. Saya mendapat cuti sakit untuk hari esok kerana suhu saya mencecah 38 darjah celcius yang mana agak bahaya untuk saya.
Pada waktu malam saya solat Maghrib seperti biasa di surau namun begitu, selepas solat saya tidak berasa sihat seperti biasa. Selepas solat Isyak saya minta kebenaran dari salah seorang Majlis Tertinggi Pelajar untuk berehat di bilik walaupun sepatutnya saya pergi ke dewan serbaguna.Disebabkan suhu badan saya agak panas juga tadi, jadi dia pun memberikan kebenaran untuk saya berehat di bilik. Saya pun berehatlah di bilik. Sampai sini sahaja jurnal saya untuk hari ini.

No comments