22 April 2016

22 April 2016                                                                                                              Jumaat
                                                             Jurnal harian

   Hari ini saya agak malas untuk bangun kerana masih lagi pening seperti semalam. Tapi saya lega hari ini kerana saya mendapat cuti sakit untuk hari ini. Ini kerana suhu badan saya pada hari kelmarin  adalah sangat tinggi iaitu 38 darjah celcius yang mana sangat bahaya. Disebabkan itu pihak kesihatan terpaksa mengambil sedikit darah saya untuk diperiksa kerana mereka risau saya dijamgkiti penyakit denggi atau demam panas. Alhamdulillah doktor memberitahu saya bahawa saya hanya dijangkiti kuman dan ia tidak terlalu bahaya. Pengalaman semalam memang tidak dapat saya lupakn kerana ia boleh mengancam nyawa saya. Pada pukul 8 pagi ,saya pun pergi ke bilik sakit kerana pelajar tidak dibenarkan untuk tinggal di bilik pada waktu pelajaran.Di bilik sakit saya hanya berehat sehingga tertidur di katil.

   Apabila saya bangun jam sudah pun menunjukkan pukul 12:30 tengah hari. Saya pun meminta kebenaran cikgu di situ untuk keluar dari bilik sakit dan pergi ke dewan makan untuk makan tengah hari. Saya pun makan dan selepas habis makan saya pun pergi ke bilik dan pakai baju Melayu untuk solat Jumaat di Masjid UKM. Bas yang membawa kami tiba ,di dewan serbaguna pada pukul 12:45.. Saya pun pergi ke masjid dengan menaiki bas untuk solat Jumaat.Balik dari solat ,saya berehat di bilik sahaja.

   Pada waktu malam pula semuanya berjalan seperti biasa cumanya kali ini saya lebih sihat.Itu sahaja untuk hari ini kerana saya sudah mula pening semula.

No comments

Powered by Blogger.