8 April 2016 Jumaat Jurnal Harian
Hari ini merupakan hari yang ceria bagi saya dan pelajar-pelajar lain di Kolej PERMATApintar Negara,UKM.Hari saya bermula dengan ketukan pintu oleh Ustaz seperti biasa.Saya bangun dengan agak bertenaga pada hari ini.Sebaik sahaja saya bangun saya terus pergi ke bilik air dan membasuh muka sebelum bergerak ke surau untuk solat Subuh secara berjemaah.Walaupun saya tiba di surau pada waktu yang awal,saya terpaksa menunggu pelajar-pelajar yang lain untuk tiba.Saya menunggu mereka dengan sabar.Semakin lama saya menunggu semakin saya berasa mengantuk.Akhirnya saya pun tertidur di bahagian penjuru surau seperti biasa.Kemudian saya dikejutkan dengan seruan azan yang menandakan masuknya waktu solat Subuh di kawasan Bangi dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.Selepas mengambil air whuduk saya pun solat Subuh secara berjemaah dengan pelajar-pelajar yang lain.Selesai solat Subuh secara berjemaah kami pun membaca Al-Mathurat berasama-sama.Ketika membaca Al-Mathurat saya dapat melihat beberapa pelajar lain tertidur ketika membaca Al-Mathurat.Selepas tamat membaca Al-Mathurat kami pun bersalam-salaman antara satu sama lain sebelum masuk ke dewan makan untuk makan sarapan kami.Selepas puas makan sarapan kami pun naik ke blok asrama dan mandi.
Selepas mandi kami memakai pakaian kami dan pergi ke dewan serbaguna untuk perhimpunan harian.Kami mulakan perhimpunan harian kami dengan bacaan surah Al-Fatihah dan bacaan Asmaul Husna.Selepas tamat perhimpunan rutin pembelajaran kami berjalan seperti yang tertera pada jadual kami.Setelah kami selesai makan tengah hari,saya dan pelajar lelaki muslim yang lain bergerak ke Masjid UKM dengan menggunakan bas untuk Solat Jumaat.
Pada waktu malam tiada apa yang terjadi,jadi saya tamatkan jurnal untuk hari ini di sini.Sekian.

No comments