11 April 2016                                                                                                                       Isnin                                                          Jurnal Harian                                                                              
   Hari ini bermula dengan agak sedih kerana pada minggu lepas Prof ada memberitahu bahawa pada hari inilah telefon pintar kami akan diambil oleh pihak atasan.Saya berasa berat hati untuk bangun apabila mengingat kembali kata-kata Prof itu.Rasa sedih bercampur dengan rasa marah.Itulah perasaan saya pada pagi ini.Saya berasa marah kerana jika bukan kerana pelajar-pelajar bermain permainan video menggunakan telefon pintar mereka sudah tentu perkara ini takkan berlaku.Walaupun berat hati untuk bangun kerana bangun saya tetap bangun juga untuk solat Subuh secara berjemaah.Saya pun berjalan seorang diri menuruni blok asrama kami.Jalan di depan dewan makan agak gelap sebenarnya jadi saya agak takut untuk melaluinya tetapi saya tetap melaluinya kerana itu sahajalah jalan yang paling cepat untuk ke surau.Saya pun berlari melalui jalan itu sehinggalah saya berhenti secara tiba-tiba kerana terlihat satu lembaga yang kecil dan berbulu.Saya berasa amat takut pada ketika itu.Saya langsung tidak dapat bergerak.Langkah saya menjadi kaku.Tapi selepas diteliti lembaga itu hanyalah seekor kucing.Saya pun meneruskan perjalanan saya untuk ke surau.Suasana di surau ketika itu amat sunyi sepi.Saya pun baring di penjuru surau sambil menunggu pelajar lain tiba.Oleh kerana terlalu letih saya pun tertidur di penjuru itu.Apabila bangun pelajar lain baru sahaja mengazankan azan Subuh.Selepas itu kami pun solat Subuh secara berjemaah.Selesai solat kami pun bersarapan di dewan makan.Selepas itu saya pun pergi mandi di blok asrama.

   Selepas menyalin pakaian, saya pun pergi ke Dewan Serbaguna untuk menghadiri Perhimpunan Rasmi yang telah ditetapkan oleh pihak atasan.Pada ketika itulah perkara yang ajaib berlaku.Telefon bimbit kami tidak diambil pada ketika itu.Saya berasa sangat gembira pada waktu itu.Saya pun meneruskan rutin harian saya dengan gembira.

   Pada waktu malam kami masih lagi menggunakan jadual baru walaupun ada beberapa pelajar tidak suka dengan jadual itu.Ini kerana kami tidak dapat menghadiri kelas pendidikan agama seperti dulu.Jadual ini juga telah menyababkan kami kehilangan duit sebanyak 15 ringgit seorang.Ini kerana kami telah disuruh untuk membeli buku untuk kelas agama itu namun ia tidak dapat digunakan kerana kelas agama itu tidak dapat dilaksanakan.Ini merupakan satu pembaziran.Rasanya itu sahaja yang dapat saya tuliskan untuk masa ini.Jumpa lagi.

No comments

Powered by Blogger.