Jurnal Harian(sedih,6/4/2016)
6 April 2016 Rabu Jurnal Harian
Hari ini merupakan hari Rabu yang amat menyedihkan bagi saya dan pelajar-pelajar lain.Sebabnya akan saya beritahu di dalam jurnal ini.Pada pagi ini saya bangun dengan agak bersemangat kerana ingin belajar sesuatu yang baharu.Disebabkan itulah saya dapat bangun dengan lebih awal pada hari ini.Sebaik sahaja saya bangun saya terus membasuh muka saya dan pergi ke surau untuk solat Subuh secara berjemaah.Selepas itu saya pun bersarapan seperti biasa di Dewan Makan.
Selepas bersarapan saya pun bergegas ke bilik air untuk mandi.Selepas mandi saya memakai pakaian saya dan bergegas ke Dewan Serbaguna untuk perhimpunan harian.Selepas perhimpunan rutin harian saya berjalan seperti biasa.
Sekarang tibalah saat yang paling buruk untuk hari ini.Selepas solat Maghri secara berjemaah kami pun pergi ke kelas masing-masing untuk sesi prep.Ketika itulah semuanya terjadi.Perempuan di kelas saya terlalu bising pada waktu itu sehingga felo pun boleh mendengar suara mereka dari jauh.Bagi yang lelaki pula ada yang datang dari kelas lain datng melepak di kelas kami.Ada juga pelajar kelas kami yang menonton file menggunakan laptop dan ada juga yang prep di kelas orang lain.Tapi semuanya berakhir apabila Cikgu Fadzil masuk ke kelas kami dan mengenal pasti pelajar-pelajar yang menonton filem,bising,pendatang dari kelas lain,bermain permainan secara atas talian dan yang menonton filem.Selepas itu saya pun solat Isyak secara berjemaah di surau.Selesai solat kami diarahkan untuk pergi ke Dewan Serbaguna untuk Rocall.Ketika rocall itulah semua peristiwa sedih terjadi.Prof mengarahkan bahawa telefon pintar setiapmpelajar akan diambil pada hari Isnin dan akan diberi semula pada hari Sabtu.Tapi arahan itu masih belum dipastikan lagi.Ramai pelajar senior menyalahkan kami kerana kamilah yang paling bermasaalah dan ada juga pelajar yang menangis kerana terlalu sedih terutamanya yang tinggal di Sabah dan Sarawak seperti saya.Jika pelajar yang tinggal di semenanjung Malaysia mereka tidak akan terjejas teruk berbanding pelajar Sabah dan Sarawak yang berjauhan dari keluarga mereka.Ini semua sangatlah tidak adil.Selain itu telefon pintar sahajalah tempat untuk saya membuat kerja kerana laptop saya tiada PowerPoint dan jika saya download ia perlu dibayar tapi saya tidak mampu.Saya tak tahu lagi bagaimana saya nak buat kerja saya selepas ini.Selain itu saya juga tiada pendrive untuk mengambil maklumat.Saya harap seseorang akan dapat membantu saya menangani masalah ini.Itu sahaja yang saya dapat tulid buat masa ini keran saya terlalu sedih untuk menyambung jurnal ini.
Saya akan sentiasa tabah.

No comments