5 APRIL 2016                                                                                                                SELASA                                                          JURNAL HARIAN

   Hari ini saya bangun lebih awal dari biasa kerana bunyi jam saya yang terletak di atas telefon pintar saya berbunyi dengan sangat kuat sehingga mengejutkan teman sebilik saya.Saya telah terkunci waktu jam itu untuk berbunyi pada pukul 5:50 pagi yang mana ia lebih awal dari biasa.Ia lebih awal dari biasa kerana kebiasaannya saya bangun pada pukul 6 pagi.Walaupun awal saya tetap bangun dan terus mengambil air wudhuk di bilik air kami.Selepas itu barulah saya pergi ke surau untuk solat Subuh secara berjemaah.Selepas solat kami membaca Al-Mathurat beramai-ramai sebelum pergi bersarapan.Kami bersarapan pada pukul 7 pagi di Dewan Makan seperti biasa.

   Selepas bersarapan saya naik ke bilik saya di tingkat dua  dan mengambil alat mandian saya seperti tuala dan sabun untuk mandi.Ketika hendak mandi alangkah terkejutnya saya apabila tiada air di bilik air dan tandas di aras kediaman saya.Nasib baik ada rakan saya yang memberitahu saya yang air mengalir dengan agak kuat di bilik air Blok C.Selepas itu saya terus bergegas ke Blok C tanpa memakai baju untuk mandi.Saya berasa sungguh lega apabila dapat mandi di sana.Selepas mandi saya pergi ke bilik saya untuk memakai pakaian saya.Selepas itu saya bergerak ke Dewan Serbaguna untuk perhimpunan harian.Selepas perhimpunan kelas saa berjalan seperti biasa cumanya saya ada kelas tambahan Sejarah pada pukul 1:45 petang.

  Pada waktu malam pula saya hanya membincangkan tentang kerja Pendidikan Agama Islam kami tentang adab ketika makan.Selepas itu saya pun solat Isyak dan masuk ke bilik.Sebelum membuat jurnal saya telah disuruh untuk menghadiri Rocall pada pukul 10:45 malam.Selepas itu barulah saya membuat jurnal saya.

No comments

Powered by Blogger.