JURNAL HARIAN(4 APRIL 2016)

4 APRIL 2016                                                                                                                    ISNIN                                                          JURNAL HARIAN                                                                          
   Hari ini merupakan hari yang agak tenang bagiku atas beberapa sebab.Untuk mengetahui sebab-sebabnya saya akan menceritakan apa yang telah saya lalui sepanjang hari ini.

   Hari ini saya bangun pada pukul 6 pagi seperti biasa.Apa yang berbeza adalah apa yang saya lakukan selepas bangun.Kebiasaannya selepas bangun saya akan pergi ke surau terus untuk solat Subuh.Walaubagaimanapun,hari ini saya terpaksa pergi ke bilik air terlebih dahulu untuk mengambil air wudhuk.Pasti anda tertanya mengapa saya tidak ambil air wudhuk di surau sahaja?Ini semua kerana surau tidak mendapat bekalan air kerana krisis air yang berlaku pada masa kini.Selepas mengambil air wudhuk barulah saya berjalan untuk pergi ke surau.Ketika di surau masih ramai lagi pelajar yang belum datang kerana ada diantara mereka yang mandi dahulu dan ada juga masih mamai di bilik masing-masing.Selepas solat saya pun bersarapan di dewan makan seperti biasa.

   Selepas sarapan saya bergegas ke bilik mandi kerana jam telah menunjukkan pukul 7:08 minit.Selepas mandi saya memakai uniform saya yang saya letak di dalam almari.Ketika sedang memakai baju itu saya sempat melihat jam saya.Alangkah terkejutmya saya kerana jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh dua puluh satu pagi.Walaupun sudah lewat saya masih lagi mengemas barang-barang saya di bilik saya.Ketika sedang mengemas saya dikejutkan dengan suara cikgu yang menyuruh kami pergi ke Dewan Serbaguna untuk perhimpunan rasmi.Saya pun bergegas turun ke Dewan Serbaguna agar tidak dimarah.Selepas perhimpunan saya dan beberapa lagi rakan saya pergi ke Pusat Kesihatan kerana mengalami masalah kesihatan.Ini adalah sebab mengapa saya agak tenang dan tidak sibuk hari ini.Apabila saya balik dari PK saya disuruh berehat oleh doktor selama satu hari.

   Pada waktu malam tiada apapun berlaku jadi saya akhiri jurnal saya dengan ucapan jumpa lagi di masa akan datang

No comments

Powered by Blogger.