28 April 2016 Khamis
Jurnal Harian
Hari ini saya bangun agak awal kerana hari ini saya bersekolah seperti biasa. Saya bangun pada hari ini diantara pukul 6 hingga 6:30 pagi. Saya bangun dalam keadaan yang agak malas kerana saya tidak suka sangat untuk ke sekolah. Saya masih tidak puas berehat pada cuti kelmarin kerana ianya berasa seperti sangat sekejap. Saya cuba untuk tidur balik tapi rakan saya mengejutkan saya semula. Saya ada berasa sedikit marah dengan rakan saya itu tapi saya rasa saya yang bersalah kerana cuba untuk tidur balik. Saya pun bangun dari katil saya dan bersiap sedia untuk ke surau untuk solat Subuh. Disebabkan masih belum masuk waktu, jadi saya pun seperti biasa berehat di surau sementara menunggu azan Subuh untuk menandakan masuknya waktu Subuh di kawasan UKM dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya dilaungkan. Setelah berehat dalam lebih kurang 5 minit, bilal pun melaungkan azan Subuh. Saya pun pergi ke ruang berwhuduk untuk mengambil air wudhuk. Selepas itu saya pun solat Subuh secara berjemaah dengan pelajar-pelajar lain. Selepas solat kami membaca Al-Mathurat sebelum pergi ke dewan makan untuk mengambil sarapan kami untuk hari ini. Saya makan agak cepat kerana suhu di dalam dewan makan itu agak sejuk dan jam sudah pun menunjukkan jam 7:15 pagi. Saya pun menghabiskan sarapan saya dan pergi semula ke asrama untuk menyiapkan diri sebelum pergi ke kelas.
Saya mandi tanpa menyedari yang saya sudah lewat. Apabila saya hendak pergi ke dewan serbaguna, jam sudah pun menunjukkan pukul 7:43 pagi. Saya berlari dengan beg yang berat sepantas yang boleh. Apabila saya hampir tiba di dewan serbaguna, saya terlihat ada seorang senior saya menunggu di depan dewan itu. Apabila saya hendak berjalan ke dewan, dia memanggil saya dan menulis nama saya kerana saya lewat. Permulaan yang agak teruk untuk hari ini. Saya pun masuk ke dewan dengan perasaan risau. Saya bernasib baik hari ini kerana tidak didenda. Selepas perhimpunan saya pergi ke kelas untuk belajar seperti biasa. Kelas hari ini berjalan seperti biasa.
Pada malam ini tidak banyak perkara untuk diceritakan kerana semuanya berjalan seperti biasa. Sampai sini sahaja untuk hari ini.

No comments