27 April 2016 Rabu
Jurnal Harian
Hari ini saya bangun pada pukul 6:40 pagi yang mana agak lewat. Jadi, disebabkan saya sudah lewat saya pun bergegas ke surau untuk solat Subuh sementara masih belum tamat waktu Subuh. Saya bangun agak lewat hari ini kerana semalam kami berasa seronok sangat kerana mendapat tempat kedua secara keseluruhan sehingga tidak sedar bahawa jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.
Apabila saya sampai di bilik selepas puas berseronok di stadium, saya terus tertidur di katil saya. Selepas itu saya terbangun agak lewat seperti hari ini. Saya bernasib baik saya dapat bangun pagi tadi berbanding orang lain yang tidur terus dan tidak turun Subuh pagi tadi.Selepas solat saya bersarapan di dewan makan sebelum masuk ke bilik semula.
Hari ini saya hanya berehat di bilik kerana hari ini merupakan hari cuti peristiwa untuk hari sukan semalam. Di bilik saya hanya berehat dan membuat kerja rumah saya yang saya sudah lama tangguh.
Walaupun berasa malas, saya tetap lakukannya kerana ia merupakan markah jati diri.Saya terus buat apa yang saya ingin lakukan hari ini.Apabila tiba waktu petang, saya sudah hampir menyiapkan semua kerja rumah saya. Kemudian, tiba-tiba saya berasa amat mengantuk lalu saya pun tidur di katil saya. Kemudian, rakan saya mengejutkan saya untuk solat Asar jadi, saya pun pergilah ke surau. Disebabkan saya tidak mempunyai banyak kerja,jadi saya pun berehat di surau sehingga pukul 6 petang.Selepas itu saya pergi ke dewan makan untuk makan malam.
Pad waktu malam selepas solat Maghrib, saya hanya pergi ke kelas prep untuk prep.Selepas itu saya pergi solat Isyak pada pukul 10 malam.Selepas itu saya masuk ke bilik,buat kerja ruymah dan buat jurnal.

No comments