26 April 2016 Selasa
Jurnal Harian
Hari ini merupakan hari yang mengembirakan bagi saya. Hari ini merupakan hari Selasa dan juga hari sukan tahunan. Saya telah lama menunggu hari ini dan saya juga telah lama bersedia untuk kawad pada waktu malam.Hari saya bangun agak awal dari biasa kerana saya tidak sabar untuk memulakan hari ini.Selepas bangun saya pergi ke bilik air untuk membasuh muka sebelum pergi ke surau.Hari Sukan pada hari ini bukan sahaja disertai oleh rumah Ruby, Emerald, Sapphire dan Topaz malah, wakil dari PERMATAinsan juga datang.Saya berasa sangat seronok kerana dapat berjumpa dengan kawan saya yang bersekolah dengan saya dulu.Nama kawan saya itu adalah Hirzi Irsyad.Saya berkenalan dengan dia ketika darjah empat di Sekolah Kebangsaan Agama (MIS) Lawas.Kini dia sedang belajar di PERMATAinsan sama seperti saya yang belajar di PERMATApintar.Disebabkan terlalu teruja saya tidak tidur di surau pada hari ini.Sebaliknya saya duduk sahaja di surau sambil menunggu waktu Subuh.Apabila masuk waktu Subuh saya dan pelajar-pelajar yang lain pun solat Subub secara berjemaah.Selepas solat kami membaca Al-Mathurat seperti biasa.Selepas itu kami pun bersarapan di dewan makan.
Selepas bersarapan saya pun mandi di bilik mandi.Selepas itu saya pun memakai baju saya.Pada waktu tengah hari, kami telah memulakan acara padang dan acara balapan.Acara padang dan balapan tamat pada pukul 6 petang.Selepas itu kami pun pergi ke dewan makan untuk makan malam.Selepas itu kami solat Maghrib di surau.Pada ketika itulah saya terserempak dengan kawan saya dari PERMATAinsan.Saya berasa sungguh gembira.Selepas itu saya pun mandi sebentar di asrama.Kemudian, saya cepat-cepat turun ke stadium kerana acara hampir bermula.Apabila saya tiba acara kawad sudah hampir dimulakan jadi, saya bergegas masuk ke posisi saya.Kemudian kami pun memulakan acara perbarisan kami.Setelah tamat acara perbarisan, kami mendengar ucapan dari pengarah.
Apabila acar perbarisan dan ucapan pengarah tamat, acara balapan dimulakan.Selepas itu, acara sukan bersama PERMATAinsan pun dimulakan.Kami ingatkan pelajar PERMATAinsan lemah dalam sukan tapi sangkaan kami salah sama sekali.Pelajar-pelajar dari PERMATAinsan jauh lebih hebat dari kami tapi kami juga mampu mengalahkan mereka dalam beberapa acara seperti tarik tali.Apabila perasmian penutup diadakan, lampu dipadang ditutup dan acara bunga api dimulakan.Selepas itu PERMATAinsan balik dan saya berasa sedih kerana kawan saya meninggalkan saya lagi tapi kami sempat mengambil gambar kenang-kenangan.Kami menyambung semula acara tarik tali diantara rumah.Sepatutnya Emerald menang tapi tali di kawasan Emeral telah putus walaupu tali itu sangat tebal.Tali itu putus secara tiba-tiba lalu menyababkan kecederaan kecil kepada pelajar yang berada di depan.Tali yang putus itu membuktikan bahawa senior rumah sukan Emerald sangat kuat.
Selepas semuanya tamat pemenang keseluruhan pun diumumkan.Sayangnya, bagi acara kawad kami dapat tempat kedua.Secara keseluruhan Emerald mendapat tempat kedua.Sampai sini sahaja jurnal hari ini.
Gambar kenangan bersama kawan saya Hirzi Irsyad.

No comments