7 APRIL 2016                                                                                                               KHAMIS                                                               JURNAL HARIAN        

   Hari saya bermula dengan ketukan pintu oleh Ustaz seperti biasa.Walaupun masih mengantuk tetapi saya tetap cuba bangun kerana takut dirotan oleh Ustaz.Kalau kena rotan sakitnya sikit sahaja tapi ia cukup untuk membuat saya terjaga serta merta.Apabila Ustaz semakin mendekati jantung saya berdegup dengan sangat cepat.Walaupun begitu saya masih terpaksa menahannya kerana jika saya ingin ke surau untuk solat Subuh saya mesti melepasi Ustaz terlebih dahulu.Saya pun dengan pantas berlari semasa Ustaz memasuki bilik pelajar lain dan selepas itu saya pun terlepas.Saya pun meneruskan perjalanan saya untuk ke surau.Setibanya di surau saya terus mengambil air wudhuk dan dudk di surau sebagai tanda bersedia untuk solat.Selepas solat saya pun bersarapan di Dewan Makan.Sarapan hari ini agak lambat disediakan atas beberapa masalah yang kecil.Menu sarapan pada hari ini adalah nasi lemak dan air Milo panas.

   Selepas bersarapan saya pun mandi di Blok D kerana pada hari ini air telah masuk ke kolej semula.Saya mandi dengan agak cepat kerana saya sudah lewat pada waktu itu.Selepas itu rutin harian saya pun bermula seperti biasa.

   Pada waktu malam kami hanya melakukan apa yang sering kami lakukan.Walaupun begitu,ketika prep pada hari ini rakan-rakan saya senyap seperti ada malaikat yang sedang melintas di sekeliling mereka.Hal ini adalah kerana mereka mendapat khabar angin bahawa penyelaras PERMATApintar akan datang ke kelas prep untuk memantau murid.Selepas prep murid lelaki disuruh untuk ke kompaun asrama kerana ada perkara yang mustahak.Selepas tamat saya pun pergi solat Isyak dan masuk ke bilik untuk menyiapkan kerja rumah dan membuat jurnal.

No comments

Powered by Blogger.