3 APRIL 2016 AHAD JURNAL HARIAN
Hari ini saya bangun pada pukul 5:40 pagi selepas dikejutkan oleh ustaz. Saya bangun dan cuba untuk tidur balik tapi dihalang oleh ustaz. Saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan pada masa itu kerana saya masih agak mengantuk pada waktu itu. Tapi setelah ustaz menyuruh saya ke surau barulah saya terjaga dari buaian mimpi. Saya pun pergi ke tandas untuk membasuh muka agar tidak mengantuk lagi tapi setibanya saya di surau perasaan mengantuk itu datang semula lalu saya pun tertidur di surau. Selepas azan Subuh dilaungkan barulah saya terjaga dari tidur saya. Saya pun mengambil wuduk dan bersiap sedia untuk solat Subuh secara berjemaah. Selepas solat kami membaca Al-Mathurat tetapi saya tertidur kita orang lain membacanya. Saya bernasib baik peljar di sebelah saya mengejutkan saya apabila saya mula tidur dengan nyenyak. Selepas saya dikejutkan mereka sudah pun mula baca doa jadi saya pun menadah tangan untuk membaca doa.Selepas selesai solat ,saya menunggu untuk sarapan siap pada pukul 7 pagi jadi, saya pun tidur sebentar di surau sehingga jam 7 pagi.Selepas itu barulah saya bersarapan di dewan makan.
Pada pukul 7:15 pagi ,saya pergi mandi bilik mandi.Selepas itu saya memakai pakaian saya dan pergi ke dewan serbaguna untuk perhimpunan rasmi.Selepas perhimpunan tamat saya pun pergilah ke kelas untuk belajar.Kelas pada hari ini tamat pada pukul 12 tengah hari kerana pada waktu petang tadi kami ada latihan sukan.Saya berlatih kawad pada petang tadi.Latihan kawad tamat pada pukul 3 petang.Pada pukul 4 petang pula ada latihan kawad di dewan serbaguna bagi rumah sukan Emerald tapi saya terlewat sedikit tadi kerana saya tidak tahu bahawa ada latihan kawad.Latihan tadi tamat pada pukul 6 petang.
Selepas solat Maghrib tadi sepatutnya kami ada prep tapi disebabkan pertandingan pada esok hari jadi kami pun membuat latihan juga.Kami berhenti rehat sekejap pada pukul 10 malam untuk solat Isyak.Pada pukul 12 tengah malam latihan tamat dan kami diarahkan untuk masuk ke bilik masing-masing agar mendapat rehat yang secukupnya untuk esok.Itu sahaja dari saya untuk hari ini.

No comments