25 April 2016 Isnin
Jurnal Harian
Hari ini merupakan hari Isnin yang boleh juga dikatakan agak sibuk. Hari ini saya bangun pada pukul 6 pagi seperti biasa.Sebaik sahaja saya bangun saya terus pergi ke surau untuk solat Subuh secara berjemaah dengan pelajar lain.Seperti yang saya jangka ,apabila saya tiba di surau masih ramai pelajar yang belum tiba jadi saya pun mengambil keputusan untuk tidur sebentar di surau. Saya bangun semula selepas mendengar azan Subuh yang menandakan masuknya waktu Subuh di kawasan UKM dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.Saya pun pergilah mengambil wudhuk untuk solat.Imam menunggu dahulu kedatangan pelajar-pelajar lain sebelum memulakan solat.Selepas bilangan pelajar memuaskan barulah imam memulakan solat Subuh.Kami pun solat mengikut imam iaitu secara berjemaah.Selepas solat kami membaca Al-Mathurat sebelum berehat.Kami tinggal di surau sehingga jam 7 pagi.Selepas itu barulah kami bersarapan di dewan makan.
Selepas bersarapan saya pun mandi di bilik mandi.Air pada pagi tadi agak sejuk juga sebenarnya. Tapi saya tetap mandi kerana saya ingin jaga kebersihan. Selepas siap mandi dan memakai baju ,saya pun pergi ke dewan serbaguna untuk perhimpunan harian. Kami diingatkan bahawa esok ada hari sukan bermula dari tengah hari sehinggalah waktu malam.Pada petang tadi juga saya telah berlatih kawad kaki untuk malam esok.Saya berlatih bersungguh-sungguh kerana ingin memenuhi hajat ketua kami.
Malam ini kami ada latihan kawad juga jadi saya pun pergilah berkawad sehingga habis waktu prep.Selepas itu saya solat Isyak dan sambung berkawad.Hari ini latihan kawad habis lebih awal dari biasa kerana esok ada hari sukan jadi ketua kami memberi kami rehat yang secukupnya untuk esok. Sekarang ni saya nak tidur dulu. Jumpa lagi pada masa akan datang.

No comments