6 Mei 2016                                                                                                                            Jumaat
                                                               Jurnal Harian

   Hari ini merupakan hari Jumaat terakhir sebelum ujian.bermula. Pada hari esok pula ada kuiz biology. Semua perkara ini menyebabkan saya tertekan dari pagi sehingga petang. Ketika saya bangun pagi tadi ,iaitu pada pukul 6 pagi ,saya masih berfikir tentang cara saya untuk menjawab ujian itu nanti. Saya langsung tidak dapat fikir apa-apa jadi saya pun pergi sahaja solat Subuh di surau. Solat Subuh pada hari Jumaat lebih panjang kerana imam akan membaca surah Al-Kahfi yang mana ia agak panjang. Selepas solat kami pun membaca Al-Mathurat. Kemudian saya berehat di surau seperti biasa sehingga jam 7 pagi. Selepas itu barulah saya bersarapan di dewan makan.

   Ketika waktu pelajaran pula ,kesemua cikgu yang mengajar kami hari ini baik-baik belaka. Malah pada hari ini juga semua cikgu ada di sini untuk mengajar kami. Hari ini juga saya dapat belajar cara bermain petong ,mengenali kata majmuk mantap ,cara mencari kelajuan ,sesaran ,jarak dan juga tajwid.

   Pada sebelah petang pula ,saya pergi solat Jumaat di Masjid UKM. Selepas balik dari masjid ,saya hanya berehat di bilik sehingga pukul 3 petang. Selepas itu saya pergi ke blok pensyarah untuk mnyiapkan tugasan yang diberikan oleh ustazah.Pada jam 6 petang pula saya makan malam di dewan makan.Pada waktu malam semuanya berjalan seperti biasa sampailah sekarang ini.

No comments

Powered by Blogger.