13 Jun 2016
Jurnal Harian
13 Jun 2016,Isnin-Hari ini adalah hari yang agak memenatkan bagi saya. Saya terpaksa bangun awal hari ini kerana saya tidak mahu terlepas penerbanga saya untuk ke Kuala Lumpur. Saya bersahur pada pukul 3:30 pagi kerana saya perlu bertolak awal ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk penerbangan pada pukul 5:35 pagi.Saya pergi ke sana dengan pak cik saya yang tinggal di Universiti Teknologi Mara. Saya tiba di lapangan terbang pada jam 4:44 pagi. Saya dan pak cik saya bergegas masuk ke lapangan terbang unt5uk menguruskan pendaftaran dan lain-lain. Saya sebenarnya agak sedih untuk meninggalkan Sarawak kerana saya rindu pada ibu bapa saya. Saya juga tidak mahu belajar di kolej kerana saya ingin menghabiskan lebih banyak masa bersama ibu bapa saya. Tapi saya terpaksa juga teruskan. Penerbangan saya mengambil masa selama 1 jam lebih untuk sampai ke Kuala Lumpur. Apabila saya tiba di Kuala Lumpur, saya pergi mengambil bagasi dan menunggu adik ayah saya datang. Selepas itu saya pun bergerak ke kolej.
Di kolej saya berasa agak marah kerana tali leher dan vase saya sudah hilang. saya pun terpaksa memakai baju biru dan seluar sekolah biasa sahaja ke kelas. Saya terlepas kelas bahasa inggeris tapi saya dapat menghadiri kelas yang lain. Saya juga berasa gembira apabila mendapat keputusan peperiksaan yang baik hari ini.
Pada waktu malam sya mula rasa pening dan demam. Jadi saya terpaksa menulis jurnal ini dengan perlahan kerana saya agak pening.

No comments