Jurnal Harian
14 Jun 2016 ,Selasa - Hari ini memang agak mencabar bagi saya ketrana hari ini memang banyak cabaran. Cabaran itu bermula sejak pagi lagi. Pada waktu pagi saya menyangka akan ada seseorang yang akan mengejutkan saya untuk sahur tapi, sangkaan saya meleset sama sekali apabila tiada siapa pun yang mengejutkan saya. Disebabkan itu saya tidak sempat bersahur dan terpaksa berlapar sepanjang hari. Mereka yang sempat bersahur berkata bahawa mereka dapat bangun sahur kerana terdengar bunyi loceng di blok D. Sudah tentu saya tidak mendengarnya kerana saya tinggal di Blok C, bilik 43 di tingkat atas sekali. Bunyi loceng agak sukar untuk didengari dari situ. Sepatutnya setiap blok harus mempunyai sekurang-kurangnya satu loceng untuk setiap blok. Saya dengan perasaan marah pergi dewan serbaguna untuk solat Subuh. Saya tetap sabar menghadapi dugaan hari ini. Saya amat marah dengan kesilapan manusia ini. Saya harap pada masa akan datang ada ustaz atau sesiapa sahaja,ataupun loceng baru yang akan mengejutkan saya untuk sahur.
Ketika kelas saya berasa amat tidak bermaya. Tapi saya juga gembira ketika mata pelajaran kimia kerana saya mendapat gred yang agak bagus untuk subjek itu. Saya meneruskan hari ini dengan keadaan yang masih lapar sehinggalah waktu berbuka.
Pada waktu malam saya solat Maghrib, Isyak,Tarawih dan Witir secara berjemaah di dewan serbaguna. Selepas itu saya saya pun pergi prep di kelas prep.

No comments