Jurnal Harian

   15 Jun 2016, Rabu-Hari ini saya agak gembira kerana dapat bangun sahur dan dapat memenuhkan perut saya hari ini. Saya bangun sahur pada pukul 4 setengah pagi. Selepas bangun saya terus pergi ke bilik rakan saya dan mengejutkan mereka untuk sahur. Walaupun ada yang liat saya tetap cuba mengejutkan mereka kerana jika mereka bersahur mereka akan dapat pahala. Saya dan rakan saya pun pergi bersahur di dewan makan bersama dengan pelajar-pelajar PERMATApintar yang lain. Selepas sahur saya pun pergi semula ke bilik untuk berehat. Saya pergi ke dewan serbaguna pada pukul 5:40 pagi untuk solat Subuh secara berjemaah. Selepas itu saya pun pergi semula ke asrama untuk bersiap sebelum pergi ke kelas.

   Ketika kelas kami telah belajar satu mata pelajaran baru iaitu mata pelajaran "Research". Kami juga telah mendapat gred kami bagi mata pelajaran biologi dan fizik. Pada waktu petang pula saya pergi ke bazaar Ramadan di Bandar Baru Bangi. Saya berjimat cermat sambil membeli apa-apa yang saya inginkan mengikut bajet dan kemampuan saya.

   Pada waktu malam saya hanya membuat semua kerja rumah dan jurnal ini.

No comments

Powered by Blogger.