Jurnal Harian
16 Jun 2016, Rabu-Hari ini merupakan hari yang agak biasa bagi saya kerana tidak banyak perkara yang berlaku. Pagi tadi saya sempat bangun untuk bersahur pada jam 4.15pagi. Saya bersahur sekejap sahaja kerana saya masih mengantuk ketika itu. Selepas sahur saya berehat di bilik sehingga tertidur. Sebaik sahaja saya bangun saya ingatkan baru sahaja Subuh tapi sebenarnya jam sudah pun menunjukkan jam 7 pagi. Saya terus bergegas ke bilik mandi untuk mandi walaupun tidak basah sepenuhnya. Selepas mandi saya terus bersiap untuk pergi ke kelas.
Kelas hari ini agak biasa dan tidak terlalu meyeronokkan tapi saya dapat belajar perkara baru. Saya dapat belajar cara untuk mencari luas trpezzium dalam kelas matematik dan lain-lain lagi. Saya juga dapat banyak perkara tentang khalifah-khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. ketika kelas sejarah. Namun begitu, saya tidak dapat menghadiri kelas Jepun kerana guru kami memaklumkan bahawa kelas ada tapi beliau memaklumkannya di whatsapp dan kami tiada telefon pada masa itu kerana cikgu-cikgu sudah pun mengambilnya. Inilah salah satu sebab saya tidak mahu memberikan telefon saya ke cikgu kerana ianya menyusahkan kami untuk mendapatkan maklumat dan menyusahkan cikgu untuk mengutip dan memulangkan telefon itu. Peraturan baru ini amat menyusahkan banyak pihak dan peraturan ini patut dikaji semula.
Tadi, selepas solat Isyak kami ada program secara berkumpulan yang melatih kami bekerja secara berkumpulan. Program itu merupakan salah satu cara pihak PERMATA mengajar murid-muridnya untuk bekerja secara berkumpulan. Program itu tamat pada pukul 11.15.

No comments