Jurnal Harian

20 Jun 2016 ,Isnin-Hari ini merupakan hari Isnin yang agak biasa bagi saya. Hari ini saya bangun pada pukul 4 pagi untuk sahur. Pagi tadi saya bersahur dengan berlaukkan kari ayam dan selesai bersahur pada pukul 4.45 pagi. Masih ramai murid belum bangun ketika itu dan ada juga yang tidak bangun sahur terus. Selepas sahur saya mengejutkan rakan sebilik saya kerana dia mahu dikejutkan selepas saya habis bersahur. Selepas itu saya baring di katil saya sementara menunggu waktu Subuh.
Saya terus solat Subuh secara berjemaah selepas azan dilaungkan. Selepas solat saya mandi dan bersiap untuk ke kelas.

   Hari ini saya tidak banyak belajar tapi hanya mendapat lebih banyak kerja rumah. Pada waktu Bahasa Malaysia saya belajar tentang bahasa sapaan dan lain-lain.

   Pada waktu malam kami solat terawih secara berjemaah sebelum pergi ke prep dan membuat jurnal.

No comments

Powered by Blogger.