jurnal harian
17 Jun 2016, Jumaat -Hari ini merupakan hari Jumaat yang agak biasa bagi saya. Hari ini saya bangun pada pukul 4 pagi untuk sahur. Pagi tadi saya bersahur dengan berlaukkan nasi dan lauk yang saya tak berapa ingat dan selesai bersahur pada pukul 4.45 pagi. Masih ramai murid belum bangun ketika itu dan ada juga yang tidak bangun sahur terus.Selepas sahur saya masuk ke bilik dan menunggu waktu Subuh. Saya solat Subuh di bilik sahaja kerana saya terlelap sekejap dan bangun setelah semua orang balik dari solat Subuh di Dewan Serbaguna. Selepas itu saya tidur sekejap sebelum mandi. Saya bersiap untuk ke kelas selepas itu.
Di kelas semuanya berjalan seperti biasa. Selepas tamat sesi persekolahan kami mengadakan tadarus di dewan serbaguna. Selepas itu saya dan rakan-rakan pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Tadi bas agak lambat dan saya sangkakan yang kami sudah terlepas bas tapi sebenarnya tidak.
Tadi ramai rakan saya sudah balik rumah jadi saya rehat di bilik rakan saya iaitu Adib. Saya buat jurnal selepas itu.

No comments