Jurnal harian

22 Jun 2016, Rabu-Hari ini saya bangun pada pukul 4 pagi untuk shur dalam keadaan yang agak mengantuk kerana saya tidur agak akhir semalam. Selepas saya dikejutkan oleh rakan sebilik saya, saya terus pergi ke dewan makan untuk bersahur. Saya makan agak lambat kerana masih mengantuk.
Selepas itu saya pergi ke bilik kawan saya iaitu Adib, untuk mengejutkannya. Walaupun saya sudah mengejutkannya, dia tetap tidak mahu bangun untuk sahur. Selepas itu saya tidur sebentar sebelum pergi ke dewan serbaguna untuk solat Subuh secara berjemaah. Selepas solat, saya dan pelajar-pelajar lain mendengar satu ceramah dari seorang penceramah sempena Nuzul Al-Quran.

   Sepanjang hari ini saya hanya berehat dan membuat kerja rumah di bilik rakan saya. Walaupun begitu, masih banyak kerja rumah saya yang masih tertangguh. Saya harap saya dapat putar balik masa dan buat kerja rumah itu lebih awal.

   Pada waktu malam kami ada perjumpaan selepas solat Maghrib di dewan serbaguna. Tadi pun kami ada perjumpaan selepas solat Tarawih di dewann serbaguna.Sampai sini sahaja jurnal saya hari ini.

No comments

Powered by Blogger.